Giggs Dedahkan Daniel James Cuma ‘Wayang’ Pengsan

Ryan Giggs dikritik hebat kerana tidak mengeluarkan Daniel James yang kelihatan pengsan ketika pertarungan dengan pemain lawan.

Pemain sayap Manchester United itu dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ramai pakar perubatan mempertikaikan tindakan Giggs kerana Daniel James dilihat mengalami trauma yang kuat sehingga tak sedarkan diri.

Giggs kemudian menjelaskan Daniel James sebenarnya ada sedikit berlakon berlebihan. Dan pemain itu bukannya pengsan.

Akibat lakonan James itulah yang membuatkan Ryan Giggs tidak senang duduk kerana diserang dengan pelbagai kecaman.

James berlaga dengan Domgagoj Vida. Dan kemudian James kelihatan tidak sedarkan dirinya.

Para petugas perubatan Wales kemudian bergegas masuk ke padang. Dan pemain di sekitar Daniel James kelihatan panik melihat keadaan Daniel James.

Pengadil terpaksa menghentikan perlawanan seketika. James kemudian bangkit dan meneruskan perlawanan. Dalam prosedur bola sepak, mana-mana pemain yang menghadapi impak teruk sehingga tak sedarkan diri harus dikeluarkan walaupun mereka cergas selepas itu.

Ianya langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan Giggs membenarkan James terus beraksi telah mengundang kecaman daripada pakar yang mahukan Giggs lebih bertanggungjawab ke atas kecederaan yang membahayakan otak.

Giggs kemudian mempertahankan tindakannya dan memberikan jaminan, Daniel James sebenarnya tidak ada kesan gegaran di kepalanya. Jadi pegawai Wales memberikan lampu hijau kepada James untuk meneruskan aksi.

Giggs menegaskan: “Daniel James jatuh, tetapi beliau ada sedikit berlakon dan berpura-pura.”

https://twitter.com/i/status/1183467013945069568

“Doktor pasukan kami sudah memeriksa beliau dan status beliau adalah sedar sepenuhnya. Kami juga sudah memeriksa beliau sekali lagi ketika rehat separuh masa pertama dan beliau baik-baik sahaja.”

James turut memberikan komen ke atas insiden itu. Beliau berkata: “Ada beberapa terjahan disasarkan pada saya dan perkara itu sudah saya jangka dalam peringkat seperti ini.”

“Namun saya baik-baik sahaja. Memang kepala saya ada sedikit terhantuk dan saya tidak pengsan.”

Wales terikat 1-1 dengan Croatia. Nikola Vlasic meletakkan Croatia di hadapan seawal minit ke-9. Namun Gareth Bale menyelamatkan pasukan negaranya sekali lagi dengan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Namun begitu, komen Giggs itu terus mengundang kecaman daripada  badan kebajikan yang berkaitan dengan kecederaan otak. Mereka tidak dapat menerima penjelasan Ryan Giggs.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.