Ryan Giggs mendedahkan hanya empat pemain Manchester United yang dianggap sebagai ‘matchwinners’ tidak pernah mendapat layanan ‘hairdryer’ daripada Sir Alex Ferguson.
Pengurus legenda dari Scotland itu membimbing United selama 27 tahun diantara 1986 sehingga 2013, dan Giggs adalah yang paling lama berkhidmat di bawah kendalian Ferguson.
Giggs membantu Ferguson meraih 13 gelaran Liga Perdana Inggeris untuk United, namun bekas pemain antarabangsa Wales itu tidak terkecuali dari amarah yang dikenali sebagai ‘hairdryer treatment’ di kalangan pemain di Old Trafford.
“Ada tiga atau empat pemain yang tidak pernah kena marah,” dedah Giggs kepada beIN SPORTS.
👀 “There were three or four players that he never had a go at."
Ryan Giggs opens up on Manchester United's legendary manager Sir Alex Ferguson and how he spared his star players from the dreaded 'hairdryer' treatment https://t.co/s11Du7w0C0
— standardsport (@standardsport) May 11, 2020
“[Eric] Cantona adalah salah seorang – kemudian Bryan Robson, Roy Keane dan Cristiano Ronaldo. Mereka ini semua adalah pemain yang mampu memberikan kemenangan ketika perlawanan untuk United.
“Mereka melakukan tugasan mereka di atas padang, jadi beliau [Alex Ferguson] tidak perlu melakukannya.
Namun demikian Giggs turut mendedahkan Cantona sering kali mendapat layanan berbeza dari pengurus tersebut.
“”Eric, ada ketikanya beliau tidak melakukan apa-apa dalam perlawanan,” tambah Giggs.
“Kami [pemain] duduk di bilik persalinan dan berfikir, ‘kali ini [Eric] akan kena ni, pasto boss akan serang dia kerana tidak melakukan apa-apa hari ini.’
“Beliau tidak menjaringkan gol, tidak berlari sepertimana Tevez dan Rooney lakukan, dan tidak memberikan sebarang impak. Tetapi beliau [Ferguson] tahu Eric akan memberikan pulangan yang diharapkan.
“Dan pada minggu berikutnya beliau menjaringkan gol kemenangan, atau pun menghasilkan magis yang sukar anda percaya. Beliau [Ferguson] benar-benar tahu bagaimana mengendalikan pemain bernama besar.
Ryan Giggs on Fergie…
“There were three of four players that he never had a go at. Cantona, Robson, Keane, and Ronaldo. They were all match-winners"
"He was a master of psychology. He was a master of getting the best out of certain individuals" 🧠
— The Sack Race (@thesackrace) May 6, 2020
“Beliau adalah pakar psikologi. Beliau tahu bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik dari individu berlainan. Adakalanya beliau akan merangkul pemain dengan lengan sambil berbicara. Adakala beliau seperti roket pada rehat babak pertama atau selepas perlawanan.
“Adakala beliau hanya membiarkan sahaja pemain dan mengetahui pemain akan memberikan reaksi secara positif.
Giggs juga mendedahkan beliau juga sering kali menjadi amarah Ferguson dan sering melawan kembali.
“Saya bergaduh dengan beliau banyak kali,” dedah Giggs.
“Ada enam atau tujuh kali saya didenda berminggu-minggu gaji kerana menjawab, atau bertengkar.
“Adakalanya ia sukar. Anda berada di bilik persalinan baharu sahaja tewas dan prestasi anda buruk. Dan saya tidak tahan dan menjawab balik apabila dimarah.
“Pada pengakhiran kariernya, beliau menjelaskan tindakan tersebut kerana beliau pedulu. Beliau akan mendenda anda selama dua minggu sebagai peringatan beliau adalah individu yang mengendalikan segala perkara di sini. Beliau suka melakukan perkara tersebut, asalkan ia tidak melebih.