Gerrard Dedah Beliau Pernah Racun Rafa Supaya Tidak Menandatangani Pemain Ini

Steven Gerrard dedah bagaimana beliau pernah meyakinkan Rafa Benitez supaya tidak menandatangani Gareth Barry untuk menggantikan Xabi Alonso pada tahun 2008.

Benitez menjadi pengurus untuk Liverpool sejak dari 2004 hingga 2010 dan telah berjaya membantu the reds mara ke dua perlawanan akhir liga Juara-juara.

Beliau juga pengurus yang berjaya membantu Liverpool menjuarai saingan liga Juara-juara pada tahun 2005 ketika the reds melakukan kebangkitan luar biasa menentang AC Milan.

Ketika era pengurusan beliau, pengurus dari Sepanyol itu telah menguruskan barisan midfield yang cukup hebat termasuk Gerrard dan Alonso.

Ketika itu juga Rafa Benitez mahu mencuba sesuatu yang baru dengan menggantikan Alonso dengan bintang Aston Villa, Barry.

Gerrard mendedahkan bahawa beliau tidak mahu perubahan itu, bahkan beliau juga merupakan individu yang menentang sepenuhnya penandatanganan Barry ketika itu.

“Dia mahu meneruskan urusan perpindahan Xabi dan mahu menandatangani Gareth.”

Jelas Gerrard kepada BT Sport pada tahun 2017 yang lalu.

“Sekarang, bagi saya sendiri ketika itu, perpindahan tersebut bukanlah langkah yang baik, walaupun saya sebenarnya salah seorang peminat setia Gareth Barry.”

“Saya lebih sanggup untuk dia masuk dan bermain bersama Xabi kerana saya rasa mereka akan lebih serasi bekerjasama.”

“Saya tidak fikir ianya langkah yang betul dari Liverpool untuk menggantikan Xabi dengan Gareth. Para peminat sangat meminati Xabi, dia pemain bertaraf dunia, dan bagi saya, Rafa harus melakukan segalanya yang dia mampu untuk selamat dan tidak disingkirkan.”

Keinginan Benitez untuk menandatangani Barry tidak menjadi kenyataan, dan tidak pasti adakah ianya kerana hasutan dari ketua pasukan Liverpool itu atau tidak, yang pasti ianya membuatkan Alonso kecewa.

Bekas pemain Real Sociedad itu kemudiannya melengkapkan perpindahan beliau ke Real Madrid dan Barry pula menandatangani perjanjian bersama Manchester City.

Barry dibawa ke Etihad untuk membantu membangunkan skuad lengkap untuk Manchester City bersaing di kelompok teratas saingan premier league.

Alonso berjaya memenangi gelaran La Liga dan Liga Juara-juara bersama Los Blancos sebelum berpindah ke Bayern Munich.

Sejak menyertai Bayern Munich, Alonso berjaya untuk menjulang tiga kali kejuaraan saingan Bundesliga.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.