Gatusso: 18 Lamaran Saya Tolak Dengan Mudah, Namun Ke-19 Lain Macam Aura Dia

Gennaro Gattuso sah menjadi pengurus baharu pasukan Napoli.

Gennaro Gattuso kembali menjadi pengurus selepas 6 bulan tidak berjawatan.

Football Italia mengesahkan bahawa pengurus tersebut telah dilamar sebanyak 18 kali sebelum ini boleh beberapa pasukan, untuk menjadi pasukan Serie A kew dua diuruskan Gattuso selepas AC Milan. Ini termasuk Valencia, Genoa , Sampdoria, dan juga Fiorentina.

Gennaro Gattuso telah menolak kesemua 18 lamaran itu dengan mudah. Namun begitu lamaran ke-19 yang datang daripada Napoli tidak dapat ditolak oleh Gatusso.

Gatusso akhirnya akur menerima tawaran untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas gurunya Carlo Ancelotti.

La Repubblica menyatakan aura pujukan
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, tidak mampu ditolaknya.

Napoli hanya memerlukan kurang 24 jam daripada perlantikan jurulatih baharu selepas pemecatan Carlo Ancelotti.

Ancelotti dipecat kerana aksi tidak memuaskan Napoli dalam liga di mana mereka berada di tangga ketujuh selepas hampir separuh musim.

Aksi Liga Juara Juara Eropah di antara Napoli dan Genk merupakan tugasan terakhir Carlo Ancelotti.

Beliau digantikan oleh Gennaro Gatusso yang merupakan bekas pemain beliau ketika di AC Milan.

Ancelotti membantu Napoli menang perlawanan terakhir di peringkat kumpulan. Dan mereka mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah 2019/20.

Pasti ramai yang terkejut kerana pemecatan Ancelotti berlaku sebaik sahaja tamat aksi Napoli dan Genk.

Napoli mengucapkan terima kasih kepada kelab, pemain dan penyokong Napoli.

“Terima kasih kepada kelab, staf, para pemain saya, dan kepada semua pekerja yang lain, serta presiden. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menikmati pengalaman yang indah di kota cantik seperti Naples. Ayuh Napoli selamanya,” tulis Ancelotti di Twitternya.

Napoli memberikan kepercayaan kepada bekas pengendali AC  Milan iaitu Gennaro Gatusso.

Gatusso merupakan pemain tengah penting Ancelotti ketika era emas AC Milan pada satu ketika dahulu.

Perlantikan Gatusso itu diumumkan oleh Napoli semalam. Gatusso memberikan penghargaan beliau kepada Ancelotti dan menyatakan beliau sangat menghormati guru dan rakannya itu.

“Carlo, saya anggap beliau seperti ayah sendiri. Dan beliau membuktikan dirinya seorang insan yang sangat mulia pada hari ini.”

“Carlo meluangkan masa untuk memberitahu saya, beberapa perkara yang perlu saya bantu pasukan ini untuk perbaiki.”

“Dan sekali lagi saya nak katakan, beliau memang seorang insan berhati mulia.”

Beliau tidak mahu menjawab soalan wartawan yang bertanya, apakah perbezaan beliau dengan Ancelotti.

Menurut Gatusso sangat naif untuk cuba membandingkan beliau dengan salah seorang jurulatih paling berjaya di Eropah itu.

“Jangan nak bandingkan saya dengan Carlo. Beliau sudah memenangi segalanya sepanjang kariernya.”

“Saya berharap dapat mencapai hanya 10% daripada apa yang beliau capai di sepanjang kariernya.”

Gatusso terus memulakan tugasannya dan dilihat sudah mengendalikan sesi latihan pertama beliau bersama Napoli untuk persiapan perlawanan liga.

Gatusso dikenali dengan ketegasannya terutama sekali di dalam prinsipnya. Beliau sebelum ini meletak jawatan dan enggan mengambil pampasan daripada AC Milan.

Ini kerana menurut Gatusso beliau tidak layak untuk menerima pampasan itu selepas gagal membawa AC Milan mara ke UCL.

Napoli kini sedang berusaha untuk berada dalam kelompok 4 teratas bagi membolehkan mereka mara ke UCL musim hadapan.

Selain daripada itu, mereka juga perlu menyelesaikan isu kontrak dan masa depan beberapa pemain utama mereka. Di mana pemain seperti Dries Mertens masih belum menandatangani kontrak baharu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.