Sir Alex Ferguson bergelar pengurus Manchester United selama hampir 3 dekad, dan ia adalah tempoh paling gemilang buat The Red Devils.
Antara rahsianya adalah bagaimana Ferguson mampu mengendalikan pemain di bawah bimbingannya.
Dan ia bukan rahsia lagi ketegasan pengurus dari Scotland itu adalah salah satu aspek yang amat digeruni oleh pemain Manchester United satu ketika dahulu.
Tidak ramai di kalangan pemain yang akan bercakap kembali mengenai pengalaman (buruk) mereka dengan Ferguson.
Fergie & @GNev2 against Liverpool in '09 #MUFC @AoifeTurner pic.twitter.com/5smiyJ3WKI
— Zaakir Hoosen (@zaakirhoosen) December 14, 2014
Tetapi dalam satu pendedahan, Gary Neville mendedahkan akibat yang beliau sendiri terpaksa tanggung akibat perbuatan menjawab dan mempertikaikan pengurus itu.
“Perkara paling teruk pernah saya cakap kepada Ferguson ialah dengan menjawab ‘f**k off’ pada penghujung perlawanan menentang Lille. Akibatnya saya didenda dua minggu gaji, dan dimarahi selepas perlawanan.
“Saya melakukannya sekali lagi pada hari berikutnya, kali ini di pejabanya. Selepas itu beliau tidak pedulikan saya selama dua minggu. Beliau turut meletakkan saya di bangku pemain simpanan.
“Untuk 15 minit terakhir [ketika menentang Lille] saya cuma berfikir, ‘habislah saya, habislah saya.'”
Jika dibandingkan apa yang dilalui oleh Neville, ia masih dianggap ringan.
Paul Ince, Jaap Stam, David Beckham, Roy Keane dan Ruud van Nistelrooy, semua ditunjukkan pintu keluar dari Old Tradfford selepas bertelingkah dengan pengurus itu.
Neville menghabiskan keseluruhan kariernya bersama Manchester United, dan beraksi dalam lebih 600 perlawanan untuk kelab tersebut.
Bek kanan itu turut memenangi lapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain daripada pernah memaki Ferguson dua kali sepanjang kariernya di United.