Pundit terkemuka, Gary Neville mahu melihat Arsenal melakukan perubahan dalam kunjungan mereka ke Anfield menentang Liverpool.
Gary Neville mahu Unai Emery jangan memperjudikan barisan dengan terlalu ramai pemain muda yang kurang pengalaman ntuk perlawanan besar ini.
“Sekarang, segalanya bergantung di tangan Arsenal. Kita semua sentiasa tahu, betapa Liverpool menggemari aksi di Anfield, mereka memiliki rekod luar biasa di sana dalam 12-18 bulan ini.”
“Sebagai perbandingan, Arsenal pula ada rekod yang buruk setiap kali ke sana dan beberapa tahun kebelakangan ini, Arsenal agak kurang kompetitif apabila bertemu Liverpool, mereka mudah ‘cair’.”
Arsenal masih tidak pernah menang di Anfield sejak 2012. Dan kunjungan terakhir Arsenal ke Anfield menyaksikan mereka dibelasah Liverpool 5-1.
“Saya sentiasa risau dengan Arsenal, setiap kali mereka berkunjung ke Anfield. Saya tahu, Anfield tempat yang sukar untuk dikunjungi, namun Arsenal ada masalah dengan kekurangan adaptasi.”
Neville urges Emery to make four changes to Arsenal side for Liverpool clash https://t.co/fCOyjc20va pic.twitter.com/1ovT1awtcX
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 23, 2019
“Mereka ada 4 pemain bawah 21 tahun yang menjadi pilihan Unai Emery dalam beberapa perlawanan ini iaitu: (Ainsley) Maitland-Niles, (Matteo) Guendouzi, Willock dan Nelson.”
“Ini bukannya padang tadika, tetapi ini Anfield, kamu perlukan sentuhan pemain-pemain berpengalaman. Dan saya rasa Xhaka patut menjadi pilihan utama di tengah.”
Namun begitu, Neville merasakan Reiss Nelson perlu terlibat dalam perlawanan ini. Dahulu, ketika kami berkunjung ke Anfield, ada beberapa pemain muda (Manchester United) berjaya menonjol dalam pasukan. Namun untuk perlawanan di Anfield, beberapa mereka terpaksa disisihkan dahulu daripada tugasan ini.”
“Untuk pemain 19 dan 20 tahun, mungkin salah seorang daripada mereka akan bermain, tetapi untuk menurunkan sampai 4 pemain muda, itu agak melampau. Ini kerana permainan ini akan menjadi sangat panas, pantas dan laju. Liverpool pula ada rekod yang baik di Anfield, dan mereka kini adalah pasukan yang harus kamu tentang.”
“Sudah tentu kamu tidak boleh datang ke sana dengan 4 pemain bawah 21 tahun, terutama sekali Willock an Guendouzi berkawal di tengah.”