Gary Neville: Abramovich Pengecut, Nyatakan Pendirian Kamu, Sokong Perang Atau Tak?

Legenda Manchester United, Gary Neville, menggelar Roman Abramovich sebagai pengecut dan menganggap keputusan melepaskan pengurusan Chelsea sebagai satu penipuan semata mata.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich, mengumumkan keputusannya menyerahkan kawalan pengurusan The Blues kepada yayasan Chelsea yang dipercayainya. Di mana terdapat enam individu yang dilantik oleh Abramovich sebagai penjaga amanah yang menjalankan tugas pengurusan tertinggi di Chelsea.

Enam orang itu ialah Bruce Buck, Emma Hayes, Sir Hugh Robertson, Piara Powar, John Devine, dan Paul Ramos.

Dalam kenyataan rasminya menerusi laman web Chelsea, Abramovich berkata: “Selama hampir 20 tahun pemilikan di Chelsea FC, saya sentiasa melihat peranan saya sebagai penjaga kelab, dengan tugasnya adalah untuk memastikan kami boleh berjaya seperti yang kami boleh lakukan hari ini, serta membina masa depan dan juga ebagai memainkan peranan positif dalam komuniti kita.”

“Saya sentiasa membuat keputusan demi kepentingan terbaik kelab. Saya tetap komited dengan nilai-nilai ini,” sambung kenyataan itu.

Bagaimanapun, sikap Abramovich itu dikritik oleh legenda Manchester United, Gary Neville.

Neville menganggap perubahan pengurusan yang dimumumkan Abramovich itu hanya satu penipuan yang bertujuan untuk mengurangkan spekulasi tentang Abramovich di tengah-tengah pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine.

Abramovich disyaki mempunyai hubungan istimewa dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin walaupun dia menafikannya.

Menurut Neville, Abramovich seorang yang pengecut kerana mengeluarkan keputusan sedemikian tanpa memberikan pendirian yang jelas tentang pencerobohan Rusia. Sama ada dia menyokong atau membidas?

“Anda sedar ia adalah kenyataan yang tidak bermakna. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa di sebaliknya,” kata Neville.

“Satu-satunya soalan yang kami mahu Roman Abramovich jawab ialah, jika dia akan bercakap, adakah dia mengutuk perang atau adakah dia menyokong perang di Ukraine?”

“Dari sudut pandangan saya, melihatnya, untuk mengatakan bahawa pemegang amanah badan amal Chelsea akan bertanggungjawab ke atas Chelsea adalah tidak masuk akal.”

“Salah satu perkara paling bijak yang saya fikir Roman Abramovich telah lakukan sejak 20 tahun lalu adalah untuk tidak bercakap, bukan untuk membuat kenyataan seperti ini.”

“Kerana kenyataan yang dibuatnya malam tadi menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.”

“Jika saya boleh berkata demikian, untuk berlaku adil, itu adalah pendekatan yang pengecut, untuk melemparkan kesalahan kepada orang baik dalam lembaga amal dan yayasan apabila jelas bahawa dia masih mengendalikan kelab dengan Marina Granovskaia dan Petr Cech.”

“Tidak mungkin yayasan amal Chelsea mengendalikan kelab dan saya tidak pasti mengapa Roman Abramovich membuat kenyataan itu,” kata legenda Manchester United itu.

MP Britain mahu Abramovich dihalau dari UK

Dalam sesi pembentangan hujahnya di Parlimen, MP Chris Bryant menunjukkan dokumen bocor tentang penglibatan Roman Abramovich secara langsung menjadi penyokong kuat Putin bersama sama dengan 35 lagi taikun perniagaan Rusia.

Dokumen itu dibocorkan oleh ketua pembangkang Rusia iaitu Alexei Navalny yang menganggap mereka sebagai puak kleptokrasi dan penyokong kuat Vladimir Putin.

Roman Abramovich sudah menafikan tuduhan tersebut. Namun pihak Parti Buruh di Britain menggesa agar Parlimen melarang Abramovich daripada tinggal di Britain.

Chris Bryant menyatakan bahawa, dokumen dokumen yang ada seharusnya membuatkan Parlimen tidak berlengah lagi untuk terus melarang Abramovich berada di negara tersebut termasuk melucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea.

Bryant mempersoalkan, kenapa tiada tindakan diambil ke atas Roman Abramovich walaupun dokumen itu sudah beredar sejak 2019 lagi.

Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata: “Saya ada memegang dokumen yang tertiris dari 2019 dari Home Office yang berkaitan dengan Encik Abramovich – Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat. Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”

“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”

“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat yang tida boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”

“Ini hampir 3 tahun yang lalu, dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”

“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta, dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.