Gareth Southgate Telah Menamakan Barisan Terbaru Untuk Skuad England

Gareth Southgate telah menamakan skuad England terbaru yang terdiri dari 30 orang pemain, bagi persiapan untuk menghadapi perlawanan besar tidak lama lagi.

Skuad three lions bakal beraksi sebanyak tiga perlawanan dalam tempoh seminggu dan ianya pasti sangat memenatkan.

England bakal berhadapan dengan Wales dalam satu perlawanan persahabatan sebelum mereka kembali menumpukan perhatian ke kejohanan UEFA Nations League bertemu Belgium dan Denmark.

Dengan jadual perlawanan yang padat serta kebimbangan para pemain bakal keletihan dan cedera, Southgate telah menyenaraikan pemain dengan skuad yang lebih besar dari sebelum ini.

Penyerang sensasi Everton, Dominic Calvert Lewin turut disenaraikan oleh Southgate untuk skuad kebangsaan England kali ini.

Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dari lima penampilan beliau musim ini. Bahkan beliau turut berjaya melakukan dua hat-trick dalam tempoh tersebut.

Dengan aksi cemerlang yang dipamerkan, Calvert Lewin telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya di pentas antarabangsa pula.

Pemenang Piala Dunia bawah 20 tahun itu disenaraikan kedalam skuad kali ini bersama Harvey Barnes dan Bukayo Saka selepas kesemua mereka mempamerkan aksi mantap di awal musim ini.

Selepas berjaya untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dalam insiden yang berlaku di MyKonos, ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire turut berada dalam senarai kali ini.

Maguire kembali ke dalam skuad kebangsaan England selepas beliau digugurkan dari skuad sebelum ini kerana disyaki bersalah dalam insiden tersebut.

Jordan Henderson, Marcus Rashford, Ben Chilwell dan Harry Winks turut dipanggil kembali selepas kesemua mereka terlepas aksi bertemu Iceland dan Denmark sebelum ini kerana masalah kecederaan.

Namun Phil Foden dan Mason Greenwood tidak disenaraikan dalam skuad kali ini selepas kedua-dua pemain itu dihukum kerana melanggar garis panduan Co-19 di Iceland.

Kedua-dua pemain muda itu didapati telah membawa gadis ke ruang hotel milik mereka ketika pertama kalinya dipanggil untuk mewakili skuad seniur England.

Jack Grealish, Conor Coady dan Ainsley Maitland Niles kekal dalam skuad kali ini selepas trio itu melakukan debut mereka untuk skuad seniur beberapa bulan yang lalu.

Kyle Walker juga turut dipanggil sekali lagi walaupun telah menerima kad merah di Reykjavik bulan lalu.

Bintang Liverpool, Alex Oxlade Chamberlain turut diketepikan dari skuad terbaru England selepas pemain itu dilaporkan mengalami kecederaan.

England dijadualkan akan bertemu Wales pada 8 Oktober nanti dan kemudian bertemu Belgium tiga hari berikutnya.

Selepas terikat 0-0 sebelum ini, England akan kembali bertemu Denmark di Wembley Stadium pada 14 Oktober nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.