Scammer Bola Sepak Yang Tipu 4 Kelab Dengan Menjual Nama Gareth Bale

Bernio Jordan Enzo Verhagen telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan, rompakan, ugutan, melakukan paksaan, dan melarikan diri dari pihak polis.

Verhagen adalah seorang pemain bola sepak amatur, dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan, selain akan didepot ke Denmark sebagai sebahagian daripada huluman diterimanya.

Pemain berasal dari Belanda ini turut diarahkan membayar denda dan juga kos untuk setiap kes, di mana beliau turut melakukan penipuan terhadap empat kelab bola sepak merentasi benua.

Naratif penipuan

Kisah Verhagen bermula dengan perpindahan ke FC Dinamo-Auto Transnistria, sebuah kelab amatur di Modova. Ia adalah sebuah kelab yang kecil dan tidak mempunyai stadium sendiri pun.

Dia tidak melakukan sebarang penampilan bersama kelab Moldova itu sebelum menerima tawaran kontrak bersama sebuuah kelab Afrika Selatan, Cape Town FC, di mana Verhagen hanya kekal selama sebulan dan sekali lagi tanpa sebarang penampilan.

blank

Kemudian Verhagen menyertai kelab Chile dikenali sebagai Audax Italiano di mana beliau kekal selama beberapa bulan, namun anehnya tiada penampilan langsung dilakukan oleh pemain it juga di Chile.

Setelah itu pemain tersebut kembali ke Denmark bersama seorang teman wanita warga Chile, dan menyertai kelab tempatan Viborg FF dan mulai menetap di negara itu pada Oktober 2019.

Tidak lama selepas itu, Verhagen dituduh menculik teman wanitanya, Muci.

Kisah di atas hanya intipati perjalanan kisah Verhagen. Bagaimana Verhagen mampu menipu semua pihak?

Siasatan wartawan

Seorang wartawan sukan di Belanda, Sam van Rattle adalah wartawan yang mengikuti perjalanan dan merupakan individu pertama yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Verhagen.

Setelah melengkapkan perpindahan ke Moldova, Van Rattle melakukan satu temuramah melalui rancangan podcastnya mengenai pengalaman pemain itu di Moldova.

Van Rattle kemudiannya didatangi oleh panggilan-panggilan telefon dari pendengarnya yang mendakwa pemain itu pernah terlibat di dalam kes penipuan kad kredit.

 

Wartawan Vice.com itu kemudiannya mendapatkan pengesahan daripada Verhagen sendiri, namun pemain itu mendakwa ia hanya sekadar dakwaan liar oleh ‘haters’.

Macam mana pula pemain amatur begitu ada ‘haters’. Sejak daripada itu Van Rattle yang mulai meragui kredibiliti pemain tersebut aktif mengikuti perkembangan karier Verhagen.

Dari situlah Van Rattle membongkar modus operandi pelik pemain itu yang menandatangani kontrak bersama kelab-kelab berlainan bermula dari Moldova, Afrika Selatan, Chile dan kemudiannya Denmark tanpa beraksi satu perlawanan pun!

Modus operandi

Sukar untuk membayangkan bagaimana Verhagen boleh menyertai sesebuah kelab tanpa bantuan daripada orang lain.

Jurucakap Cape Town FC Julian Bailey berkata Verhagen diperkenalkan oleh seorang ejen yang mempunyai kaitan yang kuat dengan pihak kelab sebelum ini, namun tidak tahu nama ejen tersebut.

Pelik bukan. Atau sebenarnya kelab dah malu kena scam. Realitinya Cape Town FC yakin untuk menawarkan kontrak setelah hanya menyaksikan satu video rakaman perlawanan membabitkan pemain tersebut.

Bailey mendedahkan Verhagen tidak cergas ketika tiba di Cape Town FC dan terpaksa berlatih bersendirian. Namun demikian pemain itu menunjukkan sikap yang baik. Dan nampaknya sikap itu berjaya meyakinkan ramai pihak termasuk di Chile dan Demark selepas itu.

Di Denmark beberapa perkhabaran lain muncul mengenai pemain itu di media massa. Pada ketika itu, Verhagen sudah mendatangani kontrak bersama Viborf FF.

Seperti mana di Cape Town, Verhagen turut berlatih seorang diri bersama Viborf FF.

Di Viborf, Verhagen ditemubual oleh sebuah media tempatan, dan pemain itu menyatakan dirinya pernah menjalani ujian pemilihan bersama Antillo dan Audax.

Semakan bagaimanapun mendapati tiada siapa pun dari kedua-dua kelab mengenali pemain tersebut.

blank

Politiken pula mendedahkan Verhagen pernah berlagak sebagai pemain dari FC Kopenhagen (kelab yang lawan Man Utd tu..) untuk menggoda wanita sebelum merompak wang dan barangan kemas.

Kecelaruan mengenai identiti sebenar pemain tersebut memaksa Viborf FF mengeluarkans satu kenyataan mengatakan Verhagen diambil daripada agensi yang sama dengan pemain bintang Real Madrid, Gareth Bale.

Dan seperti yang disangka, Viborf FF sebenarnya turut menjadi mangsa scam Verhagen.

Realitinya kelab itu menjadi mangsa penipuan urusan melalui email, dokumen palsu, dan panggilan telefon membabitkan satu atau lebih individu berpura-pura bekerja untuk Stellar Group – agensi yang sama dengan ejen Gareth Bale.

Perkara itu diakui sendiri oleh salah seorang pengarah Viborf FF yang berkata beliau berbual hampir setiap hari dengan seorang individu bernama Mo Sinoush yang mengelar dirinya sebagai salah seorang CEO di agensi tersebut.

Siapa Verhagen sebenarnya?

Semakan dengan Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) mendedahkan siapa Verhagen sebenarnya. Beliau adalah bekas pemain akademi Willem II, kelab Divisyen 1 Liga Belanda pada 2009.

Selepas itu Verhagen pernah didaftarkan bersama tiga kelab amatur di negara tersebut.

KNVB sepatutnya mempunyai semua rekod pemain yang beraksi di luar negara. Anehnya data untuk Verhagen seperti tidak pernah wujud.

blank

Kelab terakhir Verhagen didaftarkan menurut KNVB ialah Den Dungen. Pematau bakat kelab tersebut, Marcel van Kriken mendedahkan Verhagen pernah bermain untuk mereka dalam empat perlawanan, namun bukanlah pemain yang menyerlah sebelum dilepaskan.

Seperti kita semua, Van Kriken turut aneh bagaimana Verhagen berjaya meyakinkan sehingga empat kelab untuk memberikan dirinya kontrak.

Verhagen akhirnya ditangkap polis kerana pelbagai jenis jenayah termasuk penipuan sehari selepas kontrak beliau bersama Viborf FF ditamatkan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.