Gareth Bale Ahli Sukan Terkaya Britain Di Bawah Usia 30 Tahun, Siapa Yang Lain?

Gareth Bale adalah ahli sukan terkaya yang berumur di bawah usia 30 tahun di Britain. Namun kekayaan pemain Real Madrid itu jauh ketinggalan berbanding Lewis Hamilton untuk kategori keseluruhan.

Pemain bola sepak mungkin menerima jumlah bayaran yang mahal, namun tidak seorang pun daripada mereka yang muncul di kalangan 1,000 individu terkaya di Britain yang disenaraikan oleh The Sunday Times’ Rich List.

Hanya dua ahli sukan, iaitu pemandu Formula 1, Lewis Hamilton dan pemain golf, Rory Mcllroy berada di dalam senarai utama The Times. Namun bagi kategori bawah usia 30 tahun, 18 daripada 50 senarai adalah bintang sukan.

17 daripadanya adalah pemain bola sepak. Bale dengan jumlah kekayaan mencecah £114 juta, meningkat £20 juta daripada nilai tahun lalu berada di hadapan satu-satunya peninju di dalam senarai iaitu Anthony Joshua dengan nilai £107 juta.

Bintang Manchester United, Paul Pogba pila di tangga ketiga dengan nilai kekayaan £50 juta. Manchester United mempunyai empat pemain dalam senarai itu, termasuk David de Gea, Anthony Martial, dan Luke Shaw.

Manchester United, salah satu kelab dengan pendapatan terbesar di dunia tidak mempunyai masalah membayar gaji pemain mereka dengan jumlah yang tinggi.

Seteru United, Liverpool pula memiliki tiga pemain iaitu kapten pasukan Jordan Henderson; pemain pertahanan, Virgil van Dijk; dan juga bingtang Mesir, Mohamed Salah.

Ketiga-tiga pemain berada di dalam senarai kekayaan buat pertama kali, sekaligus memberi bayangan bagaimana besarnya pelaburan Liverpool melalui kontrak baharu untuk Henderson dan Salah sebelum ini, dan tawaran untuk memancing Van Dijk pada musim lalu.

Di dalam konteks ini, Liverpool dijangka terpaksa terus melabur lebih banyak pada masa hadapan untuk mengekalkan pemain terbaik mereka.

Dari kalangan 30 pemain yang berada di dalam senarai, Daniel Sturridge mengekalkan kedudukan beliau sejak tahun lalu, walaupun kini tanpa sebarang kelab selepas digantung oleh FIFA berikutan pembabitan beliau dalam kes judi.