Salah seorang ‘streamer’ popular dan ‘hot’ di China bernama Qiao Bi Luo Sama ataupun Maharani Qiao Bi Luo telah terkantoi apabila wajah sebenarnya terdedah, gara-gara kegagalan filter pada telefon pintar beliau.
Bi Luo memulakan karier sebagai streamer di Douyu sejak 17 Jun 2019. Dan selepas itu, beliau menjadi streamer yang paling tinggi diikuti oleh peminat.
Bi Luo banyak berkongsi aktiviti permainan videonya di salurannya. Dengan wajah yang putih melepak dan ala-ala gadis Kpop, maka ramailah pengikut yang memberikan sumbangan kepadanya.

Qiao Bi Luo Sama memiliki suara gadis yang comel dan sepanjang dia menjadi streamer, beliau telah menggunakan filter yang menampakkan beliau seorang yang comel.
Pada hari ini banyak sekali aplikasi penapis wajah yang membantu penggunanya mengubah wajah sama ada nak bertukar jantina, nak jadi lebih muda, nak jadi lebih tua dan sebagainya.
Kecomelan Bi Luo membuatkan ramai pengikutnya menggelarnya Lolita.

Pada suatu hari, nasib Qiao Bi Luo Sama tidak baik. Telefonnya mengalami ralat pada fungsi filter. Tanpa beliau sedari, Qiao Bi Luo meneruskan sesi strim bersama seorang lagi rakannya.


Rakan atas taliannya itu awalnya agak terkejut. Namun beliau meneruskan sesi itu kerana mahu menjaga hati Qiao Bi Luo.
Paling menarik, dalam sesi yang sama Qiao Bi Luo Sama berjanji akan mendedahkan wajahnya tanpa filter, jika beliau mendapat 100,000 pelanggan saluran.
Para pengikutnya mulai tergelak kerana mereka baru sahaja melihat wajahnya yang dianggap seperti seorang nenek. Imej dan video itu ditukarkan dan Qiao Bi Luo Sama telah memadam saluran strimnya dan meninggalkan platform.
Sepanjang menjadi penstrim tegar, Bi Luo dipercayai menjana sekitar $14,000 ataupun sekitar RM58,000.00 kerana mendapat banyak sokongan daripada peminat tegarnya.
Perkara itu mengundang banyak kecaman. Ada juga yang berada sangat menyesal kerana selama ini tertipu dan memberikan hadiah kepada Qiao Bi Luo Sama. Ada juga meminta pulang wang sumbangan mereka. Tak kurang juga yang rasa menyesal tak sudah kerana selama ini menganggap mereka melayan seorang wanita comel.
Bagi kami, lebih baik jadi diri sendiri.
Sumber