Gaji Matty Longstaff Sebenarnya Tak Sampai 0.5% Daripada Gaji Rashford

Ingat tak lagi dengan penjaring gol kemenangan Newcastle ke atas Manchester United? Matty Longstaff? Adik kepada Sean Longstaff.

Matty Longstaff menewaskan David De Gea dengan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-72. Sekaligus memberikan kemenangan kedua pasukannya musim ini dalam saingan EPL.

Agak ironi kerana, abangnya, Sean pernah menjadi sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer dalam perpindahan pra-musim yang lalu. Namun United enggan membayar lebih daripada £35 juta untuk pemain tersebut.

Dan terbaru, gaji Matty Longstaff didedahkan oleh media. Sebenarnya pemain remaja itu hanya menerima £850 seminggu. Tidak sampai seribu pound sterling sekalipun.

Beliau diberikan debut dalam perlawanan menentang Manchester United selepas Newcastle bergelut dengan beberapa kecergasan dan prestasi pemain.

Paling menarik Matty Lonstaff menerima anugerah pemain terbaik perlawanan yang diserahkan sendiri oleh abangnya Sean Longstaff.

Matty Longstaff baru berusia 19 tahun dan beliau merupakan pemain yang memang lahir daripada pasangan yang menyokong Newcastle.

Matty sangat gembira pada malam itu dan menyatakan itu adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan.

Pengurus Newcastle United, Steve Bruce pula menganggap ianya perkara hebat yang tidak pernah beliau saksikan.

Matt Longstaff baru sahaja menjaringkan gol menewaskan penjaga gol menewaskan pasukan yang dibarisi oleh Marcus Rashford yang menerima £250,000 seminggu.

Ini bermakna gaji Matty Longstaff hanyalah 0.34% daripada gaji Marcus Rashford.

Ianya boleh dijadikan motivasi untuk Matty Longstaff agar menjadi seperti Marcus Rashford suatu hari nanti. Mewakili England dan mendapat kontrak yang lumayan.

Sementara itu lawan Matty di tengah ialah Fred yang bermain teruk ketika itu, menerima £120,000 seminggu.

Kontrak semasa Matty Longstaff akan tamat pada hujung musim ini. Dan Newcastle sudah memulakan langkah progresif untuk mengikat pemain itu dengan kontrak baharu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.