Manchester United dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baharu bergaji tinggi kepada Dean Henderson untuk meyakinkan penjaga gol itu terus kekal di Old Trafford.
Henderson akan ditawarkan kontrak selama 4 tahun dengan pendapatan sekitar £100,000 seminggu. Ia adalah jumlah yang sama diterima oleh pemain tengah, Bruno Fernades selepas pemain itu menyertai United pada Januari.
Henderson sebenarnya baru menandatangani kontrak dengan gaji £60,000 seminggu bersama United pada tahun lalu.
Dean Henderson arriving at Carrington today #mulive [men] pic.twitter.com/emwVm4W0Q6
— utdreport (@utdreport) August 21, 2020
Namun Ole Gunnar Solksjaer mahukan jaminan penjaga gol itu tidak menyertai pasukan lain pada jendela perpindahan seterusnya.
Dari kalangan pemain Manchester United, David de Gea kini adalah penerima gaji tertinggi di Old Trafford dilaporkan sekitar £350,000 seminggu.
Paul Pogba pula adalah pemain kedua dengan pendapatan tertinggi menerima bayaran sebanyak £250,000 seminggu.
Dean Henderson is close to signing a new long-term contract at Manchester United ✍️
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 19, 2020
Kapten Manchester United yang baru sahaja diberkas polis pula menerima £189,000 – 4 kali ganda berbanding apa yang beliau perolehi bersama Leicester City.
Penyerang England, Marcus Rashford pula dibayar £200,000 seminggu.
Dua pemain akademi Manchester United, Marcus Rashford dan Scott McTominay pula masing-masing menerima £40,000 dan £60,000
Senarai gaji pemain Manchester United mengikut urutan nama pemain, pendapatan setahun, bayaran seminggu :
David De Gea – £19.5 million – £350,000
Paul Pogba – £15 million – £290,000
Anthony Martial – £13 million – £250,000
Marcus Rashford – £10.4 million – £200,000
Harry Maguire – £9.8 million – £189,000
Juan Mata – £8.3 million – £160,000
Luke Shaw – £7.8 million – £150,000
Odion Ighalo – £6.5 million – £125,000
Fred – £6.2 million – £120,000
Victor Lindelof – £6.2 million – £120,000
Nemanja Matic – – £6.2 million – £120,000
Bruno Fernandes – £5.1 million – £100,000
Dean Henderson – £5.1 million – £100,000
Aaron Wan-Bissaka – £4.6 million – £90,000