Gaetjhe Sudah Buat Analisis Taktikal Belasah Khabib: “Sepak Betis Dia 8 Kali, Confirmed Lemah”

Selepas mengejutkan Tony Ferguson untuk menjadi juara interim Lighweight di UFC 249, dengan yakinnya Justin Gaethje berkata beliau sudah memiliki cara untuk berhadapan dengan pemegang tali pinggang lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.

Gaethje bakal berhadapan dengan pertarung dari Rusia itu untuk merebut gelaran juara lighweight UFC. Khabib adalah petarung yang diganti oleh Gaethje untuk berhadapan Ferguson di UFC 249.

Walaupun telah mengejutkan Ferguson sebelum ini, petarung kelahiran Amerika Serikat itu bakal menghadapi perlawanan yang berbeza ketika melawan Khabib.

Gaya pertarungan Khabib yang mahir menggunakan kaedah kuncian akan mewujudkan cabaran tersendiri bagi Gaethje.

Menyedari lawannya itu memiliki kualiti dan berada di kelas tersendiri dengan rekod tanpa kalah dalam pertandingan mixed martial arts,  Gaethje berkongsi cara beliau melatih diri dan serangan yang akan digunakan ketika berhadapan Khabib.

“Saya akan melakukan hal yang sama seperti ketika pertarungan-pertarungan sebelumnya. Saya akan berlatih dengan baik. Hal pertama yang menjadi masalah [dalam perlawanan] ketika anda letih adalah kaki.

“Jadi saya akan lebih sering berlari, lompat tali, latihan mengayuh basikan, meloncat, dan merangkak,” kata Gaethje kepada Essentially Sports.

“Jika kaki saya berada dalam kondisi terbaik, saya tidak akan letih. Dan ketika saya tidak letih saya boleh tampil lebih baik. Ketika saya tampil baik, saya boleh menyerangnya.

“Jika saya menyerangnya, saya akan menghentamnya seperti sebuah trak. Saya hanya harus menendang betisnya lapan kali untuk membuatnya lemah,” uajar petarung dengan gelaran The Highlight, yang mengakui sudah membuat analisis terhadap cara Khabib berlawan.

Gaethje dikenali sebagai petarung yang memiliki kemampuan yang baik menggunakan tumbukan kedua-dua belah tangan yang pantas. Kemampuan pukulan dan tendangan Gaethje sudah menghasilkan 19 kemenangan, sementara tiga kemenangan lain berasal dari kuncian dan perhitungan juri.

Dari 19 kemenangan KO yang direkodkan Gaethje dalam karier MMA, paling kurang sudah ada empat lawan yang ditewaskan melalui tendangan.

Sementara itu Khabib memiliki catatan 28 kali menang tanpa kalah. Sepanjang tempoh itu, beliau merekodkan 10 kali kemenangan hasil dari mengunci lawan, 10 kali menang dari kiraan juri, dan lapan kali menang KO.

Belum ada tarikh khusus berhubung pertarungan Gaethje vs Khabib. Namun Presiden UFC Dana White sudah mendedahkan perancangan awal pertemuan dua petarung tersebut bakal berlangsung pada September 2020.