Seorang gadis berambut hitam, dipercayai penyokong West Ham, yang kita semua tak kenal telah menyatakan pendirian beliau ke atas Arsenal.
Kami cuba mendapatkan informasi tentang gadis ini selepas status dia tular . Sangat sedikit informasi yang kami dapat.
Gadis itu dipercayai bernama Mia Khalifa dengan akaun Twitter Mia K.
Mia menyatakan status panas ke atas Arsenal selepas pasukan itu merosakkan pendahuluan 2 gol dan diikat 2-2 oleh Watford.
Penulis sendiri cuba bertanyakan kepada rakan rakan di meja editor, tetapi semua mereka tidak mengenali gadis ini.
Walaupun kurang dikenali, namun Mia menggegar Twitter dengan satu status yang gempar dan diretweet serta disukai dengan sangat tinggi.
Status gadis tersebut mulai tersebar di Twitter. Ini apabila gadis tersebut menyatakan: “Sejujurnya akan, saya akan menyokong mana-mana pasukan yang menentang Arsenal.”
Status Mia K itu mendapat lebih 12.5 ribu sukaan dan lebih 12 ribu tweet semula.
Honestly, I just support whichever team is playing against Arsenal
— Mia K. 🇱🇧 (@miakhalifa) September 16, 2019
Malangnya kami tidak mendapat banyak informasi tentang beliau. Lagipun penulis sendiri langsung tak pernah mengenali Mia K. Sama ada beliau selebriti ataupun sebaliknya.
Wanita yang menggunakan nama Mia Khalifa ini pernah dijemput oleh Arsenal Fans TV sebelum ini.
Dan beliau pernah menyatakan beliau merupakan penyokong West Ham.
Personaliti YouTube, Robbie dari AFTV pernah cuba menukar sokongan Mia K, dari Iron kepada Gunners, namun gagal.
Selaku Penyokong West Ham, pastinya Mia K tidak gemarkan kelab London yang lain. Namun Arsenal diletakkan sebagai paling tak disukainya.
Setakat ini, itu sahaja informasi yang kami ada.