Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS), Naomi Osaka dikejutkan pemain berusia 22 tahun, Belinda Bencic dari Switzerland.
Pilihan ke-13 kejohanan, Belinda Bencic menang straight set 7-5, 6-4. Kemenangan ini menempatkan Bencic ke pusingan suku akhir. Bencic akan berhadapan dengan Donna Bekic di suku akhir.
Naomi Osaka bermain teruk dalam perlawanan ini. Kekalahan ini menyaksikan Naomi Osaka secara automatik kehilangan tempat sebagai pemain ranking no.1 dunia kepada Ashleigh Bartey dari Australia.
Osaka menjadi no.1 dunia sebelum ini selepas memenangi Terbuka Australia, pada Januari yang merupakan kejuaraan Grand Slam kedua beliau.
Kemudiannya, Osaka kehilangan tempat pertama itu kepada Barty. Namun merampasnya semula selepas 8 minggu Barty menjadi no.1.
Ranking itu berubah lagi dengan kekalahan Naomi di tangan Bencic. Membuatkan Naomi Osaka hilang tempat no.1 sekali lagi kepada Barty. Walaupun Ashleigh Barty tewas lebih awal dalam terbuka AS kali ini.