Freddie Ljungberg: Bukan Arsenal Yang Main First Half Tu

Freddie Ljungberg jelas sekali kecewa dengan aksi Arsenal pada separuh masa pertama sehingga malu nak mengaku bahawa itu adalah pasukannya.

Arsenal diaibkan oleh Brighton di hadapan penyokong mereka sendiri dengan kekalahan 1-2.

Ini membuatkan Arsenal mencipta rekod yang tidak diingini dengan 9 perlawanan tanpa kenal erti kemenangan.

Arsenal mencatatkan 3 kalah dan 6 seri dalam semua pertandingan yang mereka sertai di dalam tempoh tersebut.

Brighton mendahului menerusi Adam Webster pada separuh masa pertama. Namun bersambung babak kedua, Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan buat Arsenal.

Harapan untuk menang jelas sekali tidak kelihatan dengan aksi suram pasukan Arsenal.

Dan daripada kedudukan seri, mereka bertukar menjadi kekalahan. Neal Maupay menjaringkan gol kemenangan buat Arsenal pada minit ke-80. Beliau turut memiliki peluang lagi selepas itu.

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Freddie Ljungberg kecewa dengan persembahan mereka pada separuh masa pertama dan menganggap itu bukan aksi Arsenal.

Namun beliau menyatakan selepas diberikan taklimat separuh masa, pemain Arsenal bermain dengan cara yang mereka kehendaki.

Tidak pasti apa yang cuba dimaksudkan Ljungberg, kerana kami menonton perlawanan tersebut melihat separuh masa kedua pun Arsenal bermain teruk.

“Pada separuh masa pertama, kami (jurulatih) berkata, ‘Ini bukan Arsenal, kita harus beraksi dengan keyakinan’. Ini yang saya mahu lihat daripada para pemain.”

Ljunberg mengakui ianya perlawanan yang sukar dan Arsenal tidak menunjukka  karakter mereka yang sebenar pada separuh masa pertama.

Malah, Arsenal pasukan yang tidak begitu berkeinginan untuk menang.

Beliau menambah: “Ini perlawanan sukar. Kita tak munculkan diri pada separuh masa pertama. Kita tak bekerja keras dan tak nampak seperti mahu bermain. Kamu tak boleh bermula dengan seperti itu.”

“Ianya tak cukup bagus. Kami pasif.”

“Namun selepas masuk ke separuh masa kedua, kami memiliki detik yang sangat baik dan bermain dengan cara yang kami mahukan.”

Seterusnya Ljungberg berkata beliau sudah memberikan nasihat berguna kepada para pemain agar tidak memberikan lawan ruang yang selesa di dalam kawasan Arsenal.

“Saya dah pesan kepada para pemain. Kamu tidak boleh memberikan mana-mana pasukan EPL berada di kawasan kamu sepenuhnya.”

Arsenal kini berada di tangga ke-10 dalam carta liga. 10 mata dibezakan daripada pasukan di tempat ke-4.

Arsenal sebelum ini memecat Unai Emery atas alasan jurulatih itu membuatkan Arenal tersasar daripada landasan untuk mengejar slot UCL musim hadapan.

Freddie Ljungberg dilantik sebagai interim dan pengurusan tertinggi Arsenal sudah menyatakan sokongan dan keyakinan mereka kepada legenda Arsenal itu, sementara mereka mencari pengurus yang baharu.

Perlawanan seterusnya, The Gunners akan berhadapan dengan West Ham United. Ia pasti bukan perlawanan mudah kerana ianya adalah derbi.

Mampukah Ljungberg menikmati kemenangan mereka yang pertama?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.