Frank Lampard sangat marah dengan Marcos Alonso dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion yang berkesudahan seri 3-3 dan meluahkan kemarahan tersebut di hadapan keseluruhan pemain Chelsea dalam bilik persalinan.
Chelsea menampilkan aksi memalukan di bahagian pertahanan pada babak pertama perlawanan pada Sabtu lalu, apabila pasukan yang baru mendapat promosi itu pantas mendahului 3-0.
Lampard pantas melakukan perubahan selepas selesai babak pertama perlawanan, mengeluarkan Alonso dan memasukkan Cesar Azpilicueta. Manakala Mateo Kovacic pula dimasukkan untuk menggantikan Callum Hudson-Odoi.
🚨TEAM NEWS🚨
Marcos #Alonso was angry that he was substituted off at half time, so he left the stadium and sat in the #Chelsea bus. Frank Lampard was furious with this and he shamed Alonso in front of his teammates.
[based on @TheAthleticUK article]#ChelseaFranceTV #CFC pic.twitter.com/VsGT7KzR9x
— Chelsea France TV: EN (@ChelseaFranceTV) September 28, 2020
Perubahan tersebut nyata memberi kesan apabila Chelsea berjaya mengejar defisit jaringan untuk keputusan seri di akhir perlawanan.
Laporan dari Athletic bagaimana pun mendedahkan Alonso bukan dimarahi oleh Lampard kerana prestasinya di atas padang.
Tetapi kemarahan Lampard sebenarnya disebabkan tindakan Alonso yang tidak kembali menyertai pemain lain di bilik persalinan untuk ‘pep talk’.
Laporan tersebut berkata pemain dari Sepanyol itu sebaliknya pergi mandi dan berniat menyaksikan baki perlawanan dari bas yang membawa pasukan tersebut.
Tindakan Alonso dipercayai kerana tidak senang dikeluarkan oleh Lampard.
Alonso bagaimana pun dilihat kembali ke tempat duduk pemain simpanan 10-15 minit selepas itu, namun berada berjauhan dari pemain lain.
Frank Lampard vs Marcos Alonso 🗣
“ Frank said while the squad showed spirit to come back, Marcos Alonso did not care “
“ Chelsea players said they’ve never seen Frank this angry “
“ Insiders say Alonso will be lucky to play for Chelsea again “#Chelsea pic.twitter.com/bqYWpK38XN
— EthioChelsea 🇪🇹 (@EthiochelseaF) September 29, 2020
Lampard dikatakan sangat marah dengan bekas pemain Bolton Wanderers dan Real Madrid itu, namun memuji pemain lain kerana menampilkan sikap kebersamaan, kesungguhan dan karakter untuk bangkit sekali gus mendapatkan satu mata.
Sumber kepada The Athletic berkata: “Pemain-pemain di situ berkata mereka tidak pernah melihat pengurus [Lampard] begitu marah. Ia berlaku selepas perlawanan dan tidak teragak-agak meluahkan kemarahan kepada Alonso. Malah ada pemain bertanggapan Alonso tidak akan mendapat peluang di Chelsea lagi selepas ini.”
Bek kiri berusia 29 tahun itu berhijraj ke Stamford Bridge dari Fiorentina pada 2016 pada nilai £24 juta dan sejak dari itu telah beraksi sebanyak 152 perlawanan untuk The Blues.
Sepanjang tempoh itu, Alonso telah membantu Chelsea menjuarai satu kejuaraan liga, satu Piala FA dan juga Europa League.
Prestasi Alonso mulai dipersoalkan pada musim lalu, dan pembelian Ben Chilwell dari Leicester City pada musim panas bermakna Alonso adalah pilihan kedua.
Lampard Angry With Marcos Alonso For Watching A Clip Of Chelsea’s Game Against W’brom.(See Details) https://t.co/WQgJPoLiI7
— LEGIT9JA (@Legit_9ja) September 28, 2020
Kecederaan yang dihadapi Chillwell bagaimana pun menghalang pemain itu melakukan debut, dan Alonso dipersalahkan untuk dua gol yang dibocori pada hujung minggu lalu.
Tandukan lemah pada minit ke-3 perlawanan pemain itu hanya menuju Matheus Pereira, dan membenarkan Callum Robinson menjaringkan gol pertama perlawanan.
Alonso sekali lagi dipersalahkan apabila cuai dan membiarkan Kyle Bartley bebas untuk menjaringkan gol ketiga The Baggies.
Lampard ketika ditanya mengenai langkah beliau melakukan dua pertukaran sekali gus tidak teragak-agak menembak Alonso dalam penjelasannya.
“Untuk memberi lebih banyak kecepatan, kepantasan ketika melakukan hantaran, untuk menggerakkan [bola]. Azpi membawa personaliti terus kepada pasukan untuk berbuat demikian, walaupun di posisi bek kiri!”
Dengan Chilwell kembali cergas, ia bermakna pada Sabtu lalu mungkin adalah perlawanan terakhir Alonso dengan jersi Chelsea. Ia sudah tentu bukan penamat yang dikehendaki oleh Alonso di Stamford Bridge.