FPL Umum Kenaikan Harga Pukki

Kehebatan Teemu Pukki membuatkan pemain itu menjadi buruan pengurus Fantasi Liga Perdana Inggeris.

Pukki menjadi nadi utama Norwich dalam kepulangan semula kelab itu ke Liga Perdana Inggeris.

Beliau sudah menjaringkan gol berhadapan dengan 2 pasukan Big Six iaitu Liverpool dan juga Chelsea.

Setakat 3 perlawanan, Teemu Pukki sudah menjaringkan 5 gol. Beliau menjaringkan gol dalam kesemua 3 perlawanan setakat ini.

Untuk mereka yang ingin memiliki Teemu Pukki pada hari ini, harga pemain tersebut diumumkan naik. Sebelum ini pada GW2, harga Teemu Pukki adalah £6.7 juta.

Selepas aksi GW3, harga Teemu Pukki naik kepada £7 juta. Ianya memang sudah dijangka. Ini selepas Pukki menjadi pemain paling tinggi menyumbang mata kepada FPL setakat ini.

Bagi mereka yang sudah memiliki Pukki, pastinya berasa lega kerana sebelum ini harganya sangat rendah untuk dimiliki.

Berdasarkan Power Ranking oleh Sky Sports, nama Teemu Pukki diletakkan sebagai penyerang no.1 setakat ini:

Selain daripada Teemu Pukki, seorang lagi pemain yang cemerlang setakat ini, Lundstram, juga naik kepada £4.2 juta. Harga yang masih lagi mampu milik.

Jika harga Pukki naik, berikut adalah beberapa pemain yang turun harga.

⬇️ Deeney £6.3m
⬇️ Deulofeu £6.3m
⬇️ Batshuayi £6.7m
⬇️ Chilwell £5.4m
⬇️ Saïss £4.4m
⬇️ Cutrone £5.8m

Jadi, inilah masanya untuk anda mendapatkan pemain-pemain di atas dengan harga yang lebih rendah. Dengan harapan para pemain tersebut akan menunjukkan aksi cemerlang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.