Formula 1 Ucap Terima Kasih Kepada Litar Sepang!

Lita antarabangsa Sepang adalah cetusan idea Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir.

Idea beliau ketika itu adalah untuk mewujudkan perlancongan sukan dengan satu acara menjadi tumpuan ramai pada satu masa. Dan sukan Formula 1 serta MotoGP adalah 2 sukan yang berpotensi besar.

Reka bentuk litar ini adalah daripada Herman Tilke. Individu yang bertanggungjawab juga mereka litar lain seperti Shanghai, Sakhir, Istanbul, Valencia, Marina Bay, Yas Marina, Yeongnam, Greater Noida dan Austin.

Litar Sepang dianggap antara litar yang paling panas di dunia. Dan pada masa yang sama, beberapa perlumbaan di sini berhdapan dengan cabara cuaca yang tidak menentu.

Lokasi Sepang dipilih kerana kedudukan lapangan terbang antarabangsa dan domestik yang berdekatan di situ. Jadi, akses ke litar ini oleh pelancong sukan sangat mudah.

Litar ini boleh menampung 130,000 penonton dalam satu masa yang sama. Pada November 2016, kerajaan memutuskan untuk tidak menganjurkan Formula 1 kerana dianggap penganjuran sukan ini semakin merugikan.

Kos yang tinggi dengan kehadiran penonton yang semakin berkurangan. Pembukaan litar baru di Singapura juga memberikan impak kepada kehadiran penonton di litar Sepang.

Sebelum ini pelancong sukan di sekitar Asia Tenggara hanya ada 1 pilihan terdekat iaitu litar Sepang. Litar Sepang beroperasi sejak 1999, manakala Litar Marina Bay Singapura secara rasmi pada 2008.

Selepas itu penganjuran sukan Formula 1 berhadapan dengan masalah dari segi kos dan juga kehadiran penonton.

CEO Litar Sepang, Datuk Razlan Razali memberitahu yang jumlah kehadiran penonton semakin kritikal selepas 2014. Bukan sahaja Malaysia malah beberapa negara lain turut menarik diri daripada pengajuran Formula 1.

Malaysia lebih menumpukan usaha untuk menganjurkan MotoGP yang jauh lebih menguntungkan dan sambutan yang lebih hangat. Kos penganjuran Formula 1 adalah bernilai RM300 juta. Ia bukan angka yang sedikit.

2 musim terakhir penganjuran MotoGP, kehadiran penonton adalah di atas 85,000 orang. Pihak litar Sepang mensasarkan 90,000 penonton pada musim hadapan.

Tahun lalu hanya 46 ribu penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan Formula 1 ini. Berikut adalah laporan kehadiran penonton pada 2016.

Beberapa fakta yang anda harus tahu tentang Formula 1 Sepang adalah:

1. Ferrari Paling Berjaya

Ferrari adalah pengeluar yang paling berjaya dalam sejara Formula 1 di Sepang. Mereka menjuarainya sebanya 7 kali. Ini diikuti oleh Red Bulls sebanyak 5 kali dan juga Renault serta McLaren masing-masing 2 kali.

Ferrari juga berjaya mencipta hentian pit terbaik dalam sejarah mereka di litar Sepang.

2. Pemandu Paling Berjaya

Jika Ferrari mengunguli pengeluar, pemandu legenda mereka, Michael Schumacher pula masih menjadi yang terbaik apabila muncul juara sebanyak 5 kali.

Lewis Hamilton gagal untuk menyamai rekod Schumacher apabila gagal memenangi perlumbaan baru-baru ini. Hamilton kekal dengan 4 kejuaraan. Beliau antara pemandu yang dianggap pilihan Litar Sepang.

3. Debut Anak Malaysia

Alex Yoong menjadi anak Malaysia sulung dan tunggal beraki dalam sukan Formula 1. Beliau menyertai Minardi pada 2002.

Pencapaian terbaik Alex Yoong dalam sukan Formula 1 ini adalah menamatkan perlumbaan di tangga ke-7 di Australia pada tahun debut beliau.

Selain Alex Yoong, seorang lagi pelumba adalah Fairuz Fauzy tetapi hanya sebagai pemandu ujian dengan Lotus pada 2010.

4. Rekod Terpantas

Sebastian Vettel berjaya mencipta rekod terpantas pusingan di dalam hari terakhir perlumbaan di litar Sepang mengatasi rekod 13 tahun yang dilakukan oleh Juan Pablo Montoya. Montoya melakukan catatan 1:34.223.

Namun Vettel memperbaharuinya dengan 1:34.080 dala perlumbaan terakhir di litar Sepang.

Selamat Tinggal Litar Sepang!

Jadi, berakhirlah era penganjuran Formula 1 di Litar Sepang. Dan kerajaan Malaysia mengesahkan yang mereka tidak akan mengajurkan sebarang perlumbaan ini lagi selepas ini.

Semalam Formula 1 mengucapkan terima kasih kepada litar Sepang yang sentiasa menjadi salah satu pilihan untuk menganjurkan Formula 1 setiap tahun.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.