blank

Firmino Jaring Gol Kemenangan Sejurus Tim Sherwood Perlekeh Sepakan Sudut Liverpool

blank

Tim Sherwood memperlekekan kemampuan Liverpool melakukan ancaman daripada sepakan sudut ketika ulasannya bersama Amazon Prime.

Bekas pemain perancang Tottenham itu kini adalah pundit dan ditugaskan untuk membuat ulasan perlawanan membabitkan Liverpool dan bekas pasukannya di Anfield.

Pada ketika Sherwood dengan yakinnya berkata beliau tidak risaukan ancaman sepakan sudut daripada The Reds, Roberto Firmino dengan bergayanya menjaringkan gol kemenangan pasukannya dari gerakan sebegitu beberapa saat kemudian.

Pada ketika Andy Robertson sedang bersedia untuk mengambil sepakan pada minit ke-90, Sherwood dipetik sebagai berkata:

“Satu lagi sepakan sudut. Saya tidak bmbangkan sepakan sudut ini, saya mungkin salah. Tetapi Tottenham telah mendominasi persaingan bola di udara.

“Saya tidak pasti jika ada di antara mereka [Liverpool] berjaya menanduk bola tersebut terlebih dahulu.

Anda semua tahu apa yang berlaku sejurus selepas itu. Firmino melonjak paling tinggi di kalangan pemain pertahanan Spurs dan memastikan tandukan mautnya memberikan tiga mata kepada Liverpool.

Jaringan tersebut membuatkan pengulas lain berkata: “Oh Tim!” yang kemudiannya dijawan oleh Sherwood: “Kecuali sepakan sudut itu.”

Keceluparan Sherwood pada ketika itu sudah pasti mendapat perhatian penyokong-penyokong Liverpool dari seluruh dunia yang pantas menjadikannya bahan jenaka.

Dalam perlawanan tersebut Mohamed Salah membuka tirai jaringan pada minit ke-26 perlawanan melalui satu cubaan yang terbias pertahanan Spurs.

Biasan itu membantu cubaan Salah melepasi jangkauan Hugo Lloris.

Namun Son Heung Min kembali mengikat kedudukan apabila menyempurnakan hantaran lolos Giovani Lo Celso yang berjaya membelah pertahanan Liverpool.

Kedudukan 1-1 kekal hingga masa rehat. Awal babak kedua, Spurs hampir saja menggandakan kedudukan namun tiang menjadi penghalang.

Tandukan ke belakang Son Heung Min berjaya dihidu dan melakukan larian mebelah pertahanan Liverpool dan lencongan yang dilakukan Steven Bergwijn jauh melepasi jangkauan Alisson Becker.

Namun bola sekadar mengegarkan tiang gol daripada masuk ke gawang Liverpool.

Mohamed Salah sesekali terlepas dan dengan liarnya telah berjaya melepaskan rembatan namun gagal menewaskan Hugo Lloris buat kali kedua.

Pada minit ke-73 rembatan padu Sadio Mane sudah pun berjaya menewaskan Hugo Lloris tapi sayang bola sedikit tinggi mencium sipi-sipi palang dan keluar.

Liverpool tidak berputus asa dan berterusan mengasak namun kekebalan Spurs sesekali pecah namun tidak dijelmakan dengan jaringan gol.

Ketika masa perlawanan sebenar hampir tamat, Roberto Firmino menyudul masuk sepakan penjuru Andrew Robertson untuk memastikan gol kemenangan Sang Penakluk Dunia.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.