FIFA 20: Rating Messi Lebih Tinggi Daripada Ronaldo

Lionel Messi menewaskan Cristiano Ronaldo dalam persaingan Penyerang Terbaik UEFA 2019 dalam majlis anugerah UEFA yang lalu.

Kedua-dua mereka turut berada dalam senarai 3 finalis akhir untuk Anugerah Pemain Terbaik UEFA. Namun tewas di tangan Virgil Van Dijk.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan finalis untuk merebut Pemain Terbaik FIFA Best 2019.

Messi Raja Di FIFA 20

Dalam rating FIFA 20 Ultimate Team, Messi sekali lagi menewaskan seterunya itu.

Perseteruan Messi-Ronaldo memang sangat sengit. Bahkan Ronaldo sendiri mengakui beliau menjadi lebih baik kerana adanya Messi, dan sebaliknya. Mereka berdua saling menaikkan standard untuk dikejar oleh satu sama lain.

Kedua-duanya merupakan pemenang 5 Ballon d’Or setakat ini. Pencapaian itu sudah cukup membuktikan betapa hebatnya 2 pemain ini.

Di media sosial, beberapa hari ini telah tersebar imej kad FUT. Messi merupakan pemain yang paling tinggi rating dikuti oleh Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Lionel Messi berjaya mengekalkan rating 94 yang dimiliki oleh beliau sebelum ini. Lionel Messi musim lalu membantu Barcelona menjuarai La Liga. Beliau menjadi pemenang kasut emas La Liga serta pemain paling banyak assist.

Secara keseluruhan Lionel Messi menjaringkan 50 gol musim lalu dan mencipta 4 hatrik. Beliau turut membantu Barcelona ke final Copa Del Rey dan membantu negaranya memenangi tempat ke-3, Copa America.

Cristiano Ronaldo pula, turun daripada 94 kepada 93. Ramai yang merasakan Ronaldo berhak untuk kekal pada rating sama dengan Messi.

Ini kerana pencapaian beliau musim lalu, membantu Juventus menjuarai Serie A dan Supercopa. Pada masa yang sama, Ronaldo membantu Portugal menjuarai Piala Negara Eropah. Ronaldo menjadi pemain Terbaik Serie A 2018/19.

blank

Neymar turut mengekalkan rating beliau pada paras 92. Penggempur berbisa Brazil ini menjaringkan banyak gol untuk PSG musim lalu, walaupun banyak berehat kerana kecederaan.

Neymar masih menjadi antara pemain yang paling digemari para pemain permainan FIFA.

Β 

Dalam kem Barcelona pula, Ter Stegen menjadi pemain kedua tertinggi rating selepas Lionel Messi. Pemain-pemain seperti Luis Suarez, Antoine Griezmann dan Sergio Busquets, kesemuanya di bawah 90. Gerard Pique naik menjadi 88.

Dalam kem Real Madrid, Hazard menjadi pemain dengan rating tertinggi dengan 91. Manakala Bale hanya 85.

Pemenang Ballon d’or musim lalu, Luka Modric menjadi pemain kedua dalam pasukan Real Madrid mencatatkan rating 90 atau ke atas.

Beberapa lagi pemain yang turut tertiris kad rating mereka ialah Virgil Van Dijk, dan Mohamed Salah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.