Ferdinand, Scholes Anggap Piala Dunia Kelab Sebagai Murahan, Tiada Dalam Sasaran

Legenda Manchester United iaitu Paul Scholes dan Rio Ferdinand memperlekeh dan mentertawakan Liverpool yang beriya meraikan Piala Dunia Kelab 2019.

Ini kerana menurut mereka piala itu adalah tak penting dan piala murahan yang tiada dalam sasaran mereka, ketika masih menjadi pemain dahulu.

Malah Paul Scholes menganggap lebih tinggi nilai medal badminton berbanding dengan piala dunia kelab.

Paul Scholes memberikan komen tersebut ketika ditanya pandangan beliau tentang kejuaraan Piala Dunia Kelab 2019 oleh Liverpool baru-baru ini.

Ini menjadikan Liverpool sebagai pasukan Inggeris pertama menjadi juara treble antarabangsa selepas kejayaan menjadi juara UCL, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab dalam satu tahun yang sama.

Liverpool menang 1-0 ke atas Flamengo di final. Dan mereka sanggup mengorbankan Piala Carabao demi piala tersebut.

Manchester United pernang menang piala dunia kelab tersebut pad 2008 dan menjulang piala Intercontinental pada 1999.

Namun Scholes berkata, beliau tidak pernah kisah dengan piala seperti itu dan malu untuk mengakuinya sebagai piala.

Scholes berkata keada BBC Radio Five Live: “Jika kamu tanya saya, apa piala yang kamu pernah menang, saya tak pernah menyebut piala dunia kelab tersebut sebahagian daripadanya.”

“Saya serius ni. Ianya salah satu daripada piala, namun ianya kelihatan semakin beprestij dalam beberapa tahun ini,”

“Nampaknya Liverpool sangat gembira meraikannya. Dulu kita bermain piala tersebut, dan anggap ia tak penting sangat pun.”

“Bila ingat kembali detik itu, kami sangat gembira namun ianya bukan benda yang berada dalam sasaran kamu sebagai pemain.”

Robbie Savage kemudian bertanya, piala mana yang lebih beprestij daripada Piala Dunia Kelab yang beliau menangi.

Scholes menjawab: “Rasanya medal badminton saya lebih penting.”

Kenyataan Scholes itu mendapat sokongan daripada Rio Ferdinand yang mengiyakan bahawa kenyataan Scholesy. Di mana beliau turut menganggap Piala Dunia Kelab sebagai tidak penting dan picisan.

Ferdinand hanya tergelak mendengar kenyataan bekas rakan sepasukan beliau itu.

Namun kenyataan itu kemudian mendapat respon daripada pelbagai pihak. Sama juga dengan Liverpool, Man United pernah mengorbankan kempen domestik mereka bagi menggunakan peluang yang ada untuk menjadi juara dunia.

Seorang Lagi pengguna twitter mengingatkan Rio Ferdinand bahawa pemain itu pernah meraikan piala itu dengan penuh kegembiraan.

“Tidak semua orang boleh mengakui bahawa mereka adalah juara dunia. Kami pasukan Inggeris pertama menjadi juara dunia. Jadi sangat berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah itu.”

Rio Ferdinand kelihatan sangat girang gembira meraikan kejayaan mereka ketika itu dan menyatakan mereka memang bekerja keras selama 2 tahun untuk menjadi juara dunia.

“Kami telah bekerja keras selama 2 tahun untuk kejayaan ini. Harap ini akan terus menjadi pemangkin kejayaan kami selepas ini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.