Rio Ferdinand telah mengingatkan penyokong Manchester United bahawa mereka harus terus menerima kenyataan agar terus bersabar dan tidak terlalu berimpian besar sekurang kurangnya untuk 2 tahun lagi.
Seterusnya, legenda kelab Manchester United itu menasihati Manchester United agar tidak bersikap bodoh sombong dan segera meniru musuh tradisi mereka Liverpool. Di mana Jurgen Klopp telah mentransformasi Liverpool sejak mengambil alih daripada Brendan Rodgers yang dipecat pada 2015.
Klopp tidak bermula dengan mudah di Liverpool. Menyaksikan pasukannya kalab beberapa siri perlawanan final pertandingan piala termasuk piala Carabao dan Europa League.
Namun pengurusan tertinggi terus mempercayai Klopp, begitu juga dengan para penyokong Liverpool. Hasilnya, Liverpool telah menuai hasil luar biasa bersama dengan Klopp. Memenangi EPL, UCL, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan terbaru Piala Carabao pada minggu lalu.
Ferdinand malah menganggap Liverpool sebagai salah sebuah pasukan terkuat di England selain Manchester City.
Dan Ferdinand percaya sesiapa sahaja yang masuk menggantikan Ralf Rangnick pada musim panas mesti diberi masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk menanam falsafah bola sepak mereka dalam skuad – sama seperti Klopp di Liverpool.
Legenda United itu berkata dalam saluran YouTube Vibe with Five: “Masalah yang saya ada ialah Ralf telah masuk tetapi kemudian anda perlu mengubahnya semula untuk gaya bola sepak orang lain.
“Ia kemudiannya akan menjadi satu lagi konflik, gaya baharu untuk dilaksanakan dan pemain untuk memahaminya.”
“Saya fikir secara peribadi United perlu mengorbankan satu atau dua tahun depan dari segi trofi, itu minimum.”
Rio Ferdinand advises Man Utd to take drastic action and copy Liverpool strategy https://t.co/mGMlzvkSGr pic.twitter.com/tUxLgH3MDp
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 28, 2022
Ferdinand seterusnya menyatakan bahawa, apabila pengurus tetap sudah dilantik kelak, semua pihak harus menyokongnya dan memberikannya masa sekurang kurangnya 2 tahun.
“Katakanlah, kita akan membina semula apa yang kita ada, kita dapat pemain yang betul dan ada gaya permainan tertentu di bawah pengurus baharu ini yang akan kita ikuti.”
“Dan dia memerluka masa yang cukup untuk memperbaiki semuanya, di sana.”
“Pasti akan berlaku beberapa keslapan, beberapa perkara yang tidak kena tetapi kita akan kekal dengan individu ini dan memberi dia sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikannya dan melihat kemajuan dan perkembangan itu berlaku.”
“Ia akan mengambil masa yang lama, dan anda tidak boleh melakukan peralihan itu dan menang dalam masa yang sama. Ia tidak berlaku.”
"Liverpool didn't do it. How long did it take Klopp to win?"https://t.co/BpcCmkxqT4
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 1, 2022
Seterusnya Ferdinand mengingatkan kelab agar tidak bersikap ego ataupun bodoh sombong. Di mana mereka perlu belajar daripada sesiapa sahaja termasuk seteru utama mereka seperti Liverpool.
“Liverpool pun tidak dapat melakukannya. Berapa lama masa yang diambil Klopp untuk menang? Anda perlu mengeluarkan sehelai muka surat daripada buku pasukan lain.”
“Kadang-kadang anda perlu merendahkan diri dan mengambil kira dan berkata dalam realiti, di situlah kita berada.”
Manchester United akan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris berdepan dengan seteru sebandar Manchester City. Perlawanan tersebut sangat penting untuk kedua dua pasukan. Di mana Manchester Uniter perlu menang untuk mencerahkan peluang mereka ke UCL musim hadapan.
Manakala Manchester City pula terdesak mahukan kemenangan untuk memastikan mereka terus memimpin carta liga.
United sudah mengorak langkah
Baru baru ini, Pengarah bola sepak kelab paling popular di dunia, Manchester United, iaitu John Murtough menyatakan bahawa kelab sedang dalam proses penilaian sangat menyeluruh dalam memilih pengurus baharu untuk menjadi pengurus tetap kelab tersebut.
Ketika ini, Manchester United dikendalikan oleh Ralf Rangnick secara interim selepas mereka memecat Ole Gunnar Solskjaer beberapa bulan yang lalu.
Menurut Murtough, mereka mahukan pengurus yang mampu membawa kelab kembali menjuarai piala piala domestik di England seperti Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Carabao. Kemudian United mahu memenangi semula Liga Juara Juara Eropah yang kali terakhir mereka menangi juga di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Pada ketika ini, piala terakhir yang United menangi adalah di bawah kendalian Jose Mourinho, ketika mereka menjuarai Liga Europa pada 2017.
Oleh itu, Manchester United kali ini akan lebih teliti dalam pemilihan pengurus. Antara nama yang dikaitkan dengan mereka ialah pengurus PSG, Mauricio Pochettino dan juga pengurus Ajax iaitu Erik Ten Hag.
Beberapa bulan lalu, Manchester United menyatakan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan akan memberikan Rangnick peluang untuk menjadi pengurus tetap jika pengurus interim itu memuaskan hati mereka.
Buat masa ini, United dikatakan berpuas hati dengan prestasi Rangnick. Tetapi Rangnick akan menjadi penasihat pembangunan kelab apabila dia melepaskan jawatan interim itu kelak.
Murtough berkata: “Kami menjalankan proses yang sangat menyeluruh dalam perlantikan pengurus tetap yang baru yang akan mengendalikan kelab ini bermula musim panas musim hadapan.”
“Dengan objektif pengurus itu akan membimbing kita menjadi pencabar piala piala domestik dan juga kejuaraan Eropah.”
Musim ini, Manchester United sudah tidak bersaing dalam kesemua piala domestik. Mereka disingkirkan dari Piala Carabao pada pusingan ketiga. Kemudian diaibkan dalam Piala FA pusingan keempat.
Kedudukan mereka dalam carta liga, sangat jauh untuk mereka mengejar Manchester City yang kini sudah 19 mata di atas United. Paling realistik adalah sasaran 4 teratas dan cuba memenangi Liga Juara Juara Eropah.
Prestasi Manchester United sejak ditinggalkan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada 21 November, mereka hanya kalah sekali dalam liga perdana Inggeris. Menang 8 daripada 17 perlawanan terakhir mereka di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Man United director John Murtough provides update on search for new managerhttps://t.co/FF3dfx54ot #MUFC
— Indy Football (@IndyFootball) March 1, 2022
Manchester United seri 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah dengan Atletico Madrid.
Murtough juga melantik Dominic Jordan sebagai saintis data kelab yang baru. Diharap akan dapat membantu kelab dengan data saintifik bagi kegunaan staf kejurulatihan dan pemain.
Ianya bukti bahawa Manchester United bukan hanya menekankan aspek latihan teknikal semata mata. Namun mereka juga memberikan perhatian kepada aspek data dan statistik.
Manchester United kini berada di tangga keempat dalam carta liga. Namun pesaing mereka, Arsenal yang berada di tangga keenam masih ada 3 perlawanan kurang daripada mereka. West Ham di tempat kelima juga dua mata di belakang United tetapi masing masing sudah 27 aksi.
Manchester United director John Murtough: “We’re now conducting a thorough process for the appointment of a new permanent manager who will take charge this summer”. 🔴🗣 #MUFC
“He will have the objective to get us back to challenging for those domestic and European titles”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 1, 2022
Pada awal musim ini, segalanya serba sempurna buat Manchester United. Mereka memenangi perlawanan awal musim dengan cemerlang. Kemudian mereka berjaya mendapatkan Raphael Varane, Jadon Sancho diikuti oleh kepulangan semula legenda kelab, Cristiano Ronaldo.
Tetapi United selepas itu bergelut dengan prestasi mereka. Mereka mengambil masa untuk menyesuaikan Jadon Sancho dan Ronaldo ke dalam pasukan mereka.
Bruno Fernandes baru baru ini menyatakan bahawa Manchester United lebih beridentiti di bawah kendalian Ralf Rangnick.