Ferdinand Kecewa UEFA Pilih Van Dijk Sebagai Pemain Terbaik

Tahun 2019 merupakan tahun terbaik untuk Virgil Van Dijk. Kapten kebangsaan Belanda itu menang Anugerah Terbaik PFA dan seterusnya memenangi Anugerah Pemain Terbaik UEFA, selepas kejayaannya membantu Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropag.

Rio Ferdinand menganggap kemenangan Virgil Van Dijk mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam perebutan pemain terbaik UEFA adalah tidak masuk akal.

Virgil Van Dijk menjadi pemain pertahanan, dan pemain Belanda pertama memenangi anugerah pemain terbaik UEFA untuk tahun 2019 menewaskan dua pencabar utamanya.

Ramai menganggap kemenangan Van Dijk adalah petanda positif kepada pemain pertahanan yang semakin dipandang tinggi setaraf dengan pemain penyerang.

Ini kerana sebelum ini, anugerah seperti itu hanya dapat dekat pemain penyerang, maka sudah tiba masanya ia milik bek tengah la pula.

Namun tida bagi Rio Ferdinand, beliau ada pandangan berbeza. Bercakap kepada BT Sports Ferdinand menyatakan: “Tiada keraguan lagi, Virgil Van Dijk merupakan pemain pertahanan terbaik di atas planet pada hari ini.”

Ferdinandn kemudian menyatakan, Messi dan Ronaldo menjaringkan 50 gol semusim, dan itu bukan perkara yang mudah.

“Namun apabila seseorang menjaringkan 50 gol dalam semusim macam dilakukan Messi dan pemain seperti Ronaldo yang menang 3 trofi, impak yang mereka berikan dalam kejuaraan dan peringkat antarabangsa juga. Kamu tidak boleh melihat di sebalik semua itu.”

“Orang akan kata,ahh, agak bosan orang yang sama menang. Namun mereka telah meletakkan rekod nombor yang kita lihat selama 12, 15 tahun.”

Rio Ferdinand tidak menyembunyikan kegembiraannya apabila bek tengah menjadi pemain terbaik UEFA. Namun Rio Ferdindand menganggap kemenangan itu tak adil kerana ada dua lagi calon yang menjaringkan 50 gol semusim.

Jadi apa relevannya, untuk memberikan Virgil Van Dijk kemenangan itu.

“Saya bek tengah dan saya teruja Van Dijk menangi anugerah itu. Saya rasa dia cukup bagus untuk menang. Cuma isu di sini, ada calon lain yang menjaringkan 50 gol, anda tidak boleh buat begitu.”

Rio Ferdinand kemudian menyatakan beliau masih berpegang kepada prinsip bahawa pertahanan adalah bahagian penting dalam bola sepak.

Dalam pada masa yang sama, Ferdinand menyatakan sebagai peminat bola sepak orang lagi teruja mahu melihat gol bukannya pertahanan.

“Saya tak sanggup untuk membelanjakan wang saya semata mata nak tengok pertahanan.”

“Saya nakkan hiburan. Saya nak bangun daripada kerusi dan menjerit kuat kuat, ‘Oh Tuhan, hebatnya persembahan itu, cantiknya gol itu’. Perkara paling sukar dalam bola sepak adalah menjaringkan gol.”

Kenyataan Rio Ferdinand itu adalah disuarakan oleh seorang bek tengah legenda Man United.

Beliau menempa banyak kejayaan dengan Manchester United ketika bergelar pemain. Jadi sudah pastinya beliau lebih arif dalam perkara seperti ini bukan?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.