Rio Ferdinand menganggap kemenangan Virgil Van Dijk mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam perebutan pemain terbaik UEFA adalah tidak masuk akal.
Virgil Van Dijk menjadi pemain pertahanan, dan pemain Belanda pertama memenangi anugerah tersebut.
Ramai menganggap kemenangan Van Dijk adalah petanda positif kepada pemain pertahanan yang semakin dipandang tinggi setaraf dengan pemain penyerang.
Namun bagi Ferdinand, beliau ada pandangan berbeza. Bercakap kepada BT Sports Ferdinand menyatakan: “Tiada keraguan lagi, Virgil Van Dijk merupakan pemain pertahanan terbaik di atas planet pada hari ini.”
Rio Ferdinand on UEFA's Player of the Year 🗣
"There is no doubt in my mind that Virgil van Dijk is the best defender on the planet today. But when a man scores 50 goals in a season like Messi did, or Cristiano, who won three trophies this season, you can't look beyond that." pic.twitter.com/k4Pglqe7eZ
— Goal (@goal) August 31, 2019
“Namun apabila seseorang menjaringkan 50 gol dalam semusim macam dilakukan Messi dan pemain seperti Ronaldo yang menang 3 trofi, impak yang mereka berikan dalam kejuaraan dan peringkat antarabangsa juga. Kamu tidak boleh melihat di sebalik semua itu.”
“Orang akan kata,ahh, agak bosan orang yang sama menang. Namun mereka telah meletakkan rekod nombor yang kita lihat selama 12, 15 tahun.”
Lionel Messi or Cristiano Ronaldo should have been awarded UEFA's Men's Player of the Season award over Virgil van Dijk, according to Rio Ferdinand.
Agree?https://t.co/WeayWTwgQK
— Goal News (@GoalNews) August 31, 2019
“Saya bek tengah dan saya teruja Van Dijk menangi anugerah itu. Saya rasa dia cukup bagus untuk menang. Cuma isu di sini, ada calon lain yang menjaringkan 50 gol, anda tidak boleh buat begitu.”
Ferdinand kemudian menyatakan beliau masih berpegang kepada prinsip bahawa pertahanan adalah bahagian penting dalam bola sepak.
Namun Ferdinand menyatakan sebagai peminat bola sepak orang lagi teruja mahu melihat gol bukannya pertahanan.
“Saya tak sanggup untuk membelanjakan wang saya semata mata nak tengok pertahanan.”
“Saya nakkan hiburan. Saya nak bangun daripada kerusi dan menjerit kuat kuat, ‘Oh Tuhan, hebatnya persembahan itu, cantiknya gol itu’. Perkara paling sukar dalam bola sepak adalah menjaringkan gol.”