Jose Mourinho dilaporkan sudah menghubungi Marouane Fellaini, bagi membicangan perpindahan pemain itu ke Tottenham Hotspur pada Januari akan datang.
Fellaini merupakan antara pemain yang Mourinho gemari dan percaya. Ketika ada kem pemain United menentang Mourinho, Fellaini tetap di belakang pengurus itu.
Mourinho kembali menguruskan pasukan EPL pada bulan lalu. Ianya selepas Spurs memutuskan untuk memecat Mauricio Pochettino.
Ini kerana pengendali Argentina itu dikatakan gagal untuk memberikan yang terbaik.
Pochettino dipecat, selepas 6 bulan yang lalu beliau membawa Spurs bermain di pentang final Liga Juara Juara Eropah 2018 / 19.
Namun Spurs tewas di tangan Liverpool pada aksi final.
Dan kini, Jose Mourinho sudah merancang untuk membawa masuk pemain tengah kegemarannya yang berasal dari Belgium itu.
Fellaini kerapkalu menjadi senjata tambahan Manchester United ketika mereka sedang buntu, ketika era Jose Mourinho di Old Trafford.
Mourinho juga kerap memuji Fellaini sebagai pemain profesional sejati.
Les Sports melaporkan bahawa, Fellaini berada dalam senarai sasaran utama Jose Mourinho untuk dibawa masuk pada Januari ini.
Fellaini dikatakan terkejut dan terharu mendengar bahawa pengurus legenda itu masih lagi menagih khidmatnya.
Selain itu, Mourinho tidak akan meminta pemain yang ramai pada Januari ini. Kerana kebanyakan sasaran yang diletakkannya adalah untuk musim hadapan.
Cuma Mourinho sangat perlukan Fellaini bermain di dalam pasukan Spurs untuk memperkuatkan lagi bahagian tengah.
Marouane Fellaini meninggalkan Man United untuk menyertai Shandong Luneng selepas meluangkan masa 5 tahun setengah dalam kariernya untuk bermain bersama Manchester United.
Dan ketika di bawah kendalian Mourinho, ianya antara aksi terbaik Fellaini berdasarkan persembahan secara individu.
Mourinho sangat berharap akan dapat membawa Fellaini masuk. Berdasarkan kontrak semasa, Fellaini masih ada baki kontrak sehingga 2021.
Namun Fellaini tidak akan beraksi selama 3 bulan dan boleh mempertimbangkan untuk kembali ke EPL, dan mungkin sebagai pemain pinjaman.
Buat masa ini, Mourinho memiliki nama – nama pemain di tengah seperti Harry Winks, Eric Dier, Moussa Sissoko, Giovani Lo Celso dan Christian Eriksen.
Namun masa depan Eriksen masih tidak menentu dan Giovani Lo Celso masih gagal memberikan impak yang diharapkan.
Eriksen pula dikatakan sudah tidak ada hati lagi untuk terus kekal di Spurs pada musim hadapan.
Fellaini sudah memberikan senarai pemain yang beliau mahukan kepada Daniel Levy. Jadi adakah peminat bola sepak akan menyaksikan Fellaini kembali merumput di EPL?
Fellaini juga menjadi perhatian sebuah lagi kelab lamanya iaitu Everton yang dikatakan sedang mempertimbangkan kepulangan semula David Moyes.
Spurs kini masih berusaha untuk mengejar tempat ke UCL sekali lagi pada musim hadapan.
Sejak mengambil alih Spurs, Jose Mourinho berjaya membangkitkan semula prestasi beberapa pemain termasuk Son Heung Min dan Dele Alli.