Bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini percaya bahawa Manchester United membuat kesilapan besar memecat Jose Mourinho.
Ini kerana tindakan United ketika itu dianggap terlalu terburu-buru.
Mourinho dipecat pada Disember 2018, selepas hanya 2 tahun setengah menguruskan kelab Inggeris itu. Mourinho kemudiannya digantikan oleh legenda United, Ole Gunnar Solskjaer.
Ole pada awalnya diambil secara sementara dari Molde. Namun beliau menunjukkan prestasi cemerlang dan United menawarkan kontrak tetap untuk beliau.
Sejak pemergian Sir Alex Ferguson, Manchester United sudah melantik 4 pengurus tetap dalam masa 6 tahun.
Fellaini berkata: “Mereka membawa masuk Moyes, dan tidak memberikan Moyes masa. Mereka membawa masuk Van Gaal, mereka memberikan 2 tahun, dan ketika itu kami mulai mencapai sesuatu, memenangi piala. Namun mereka kemudiannya memecat Van Gaal kerana terlalu nak dapatkan kejuaraan liga dengan segera.”
“Mereka kemudiannya melantik Jose Mourinho. Dan pada pandangan saya, mereka juga terlalu terburu-buru memecat pengurus seperti Jose Mourinho.”
“Ini kerana pengurus seperti Mourinho, mereka datang ke kelab anda dan memerluka ramai pemain baharu untuk memenuhi falsafah bola sepak berasaskan kehendak beliau.”
“Mourinho mahu membina pasukan ini. Namun hanya selepas 2 tahun setengah, Manchester United pula memutuskan untuk memecat beliau kerana tidak memberikan mereka keputusan yang memuaskan.”
“Itulah masalanya sekarang ini. Mereka sepatutnya duduk semeja dan mencari penyelesain bersama.”
“Pengurus seperti Van Gaal sangat bagus dalam taktikal dan banyak sekali pengalaman. Dan mereka juga pecat pengurus seperti ini.”
Mourinho memenangi Piala EFL dan Liga Europa, membawa Manchester United layak ke UCL dengan cara yang agak mendebarkan, menerusi tiket juara UEL.
Mourinho pernah menyatakan, pencapaian terbaik dalam karier beliau adalah membawa pasukan Manchester United yang beliau kendalikan ketika itu menamatkan saingan di tangga kedua. Mourinho menggambarkan, ia tugasan yang lebih sukar daripada membantu Inter Milan menjulang treble.
Fellaini yang kini beraksi bersama Shandong Luneng, antara pemain penting dalam plan B Mourinho.
“Bukan senang nak membina pasukan ini pada masa itu. Anda perlukan lebih daripada 2 tahun.”
“Mereka telah membawa masuk salah seorang pengurus terbaik di dunia, Jose Mourinho, dan beliau mahu membina semula pasukan. Malangnya, mereka telah memecatnya.”
Ditanya tentang pandangan beliau ke atas Ole, Fellaini berkata beliau tidak pasti apakah nasib Ole selepas ini.
“Saya tidak tahu apa mereka akan buat kepada Ole. Mourinho pada musim pertama melakukan tugas luar biasa. Beliau memberikan banyak perubahan positif kepada pasukan dan kami memang sesuatu.”
“Ok, pada musim kedua, beliau agak sukar. Namun tetap juga Mourinho cuba melakukan yang terbaik demi membantu pasukan.”
“Sekarang kamu ada pengurus baharu, mereka mahukan pemain-pemain muda. Dan inilah yang berlaku apabila kamu terlalu bergantung kepada pemain muda. Ianya pasti akan ada turun naik. Itulah bola sepak.”
“Sudah pastinya dalam bola sepak kamu tidak boleh hanya bergantung dengan pemain-pemain muda sahaja. Kamu harus mengadun mereka bersama pemain berpengalaman. Itu yang diperlukan untuk kamu memenangi piala dan menjadi juara liga.”