FC Seoul Guna ‘Patung Khayalan Lelaki’ Ganti Penyokong Sebenar

Bola sepak telah kembali lagi menemui peminat yang dahagakan aksi di atas padang. Namun ianya tidak sama disebabkan situasi semasa yang memaksa semua pihak menerima hakikat bola sepak harus dinikmati dengan normal baharu.

Antara normal baharu itu ialah bola sepak kini harus dimainkan di dalam stadiu tanpa penyokong. Penyokong pula terpaksa menyokong pasukan masing-masing dari kaca televisyen sahaja.

Okaylah tu daripada berimaginasi seperti era dengar ulasan dari corong radio seperti dulu-dulu. Tetapi itulah sebab orang dulu-dulu hebat berimaginasi berbanding generasi pada hari ini.

Patung khayalan untuk lelaki

Bercakap mengenai imaginasi atau khayalan, sebuah kelab K-League, FC Seoul menarik perhatian dunia bola sepak dengan cara tersendiri.

 

Kelab K-League itu memilih untuk meletakkan patung perempuan bersaiz sebenar di tempat duduk penyokong  pada perlawanan Ahad lalu.

Malah patung-patung tersebut ditempatkan untuk mengikuti penjarakan sosial – ditempatkan berjarak antara satu sama lain.

Dalam perlawanan diantara FC Seoul menentang Gwangju FC itu, kehadiran patung-patung tersebut juga kelihatan sedikit menyeramkan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, patung apakah yang digunakan. Ia sebenarnya ‘patung khayalan untuk orang lelaki’. Korang fahamlah sendiri fungsi patung begini. Kalau tak faham, maknanya anda belum dewasa.

Kehadiran ‘patung-patung wanita’ ini kelihatan seperti orang sebenar dari kejauhan, dan ketika rakaman televisyen.

Dan ia juga mungkin cara dan kaedah terbar menarik penaja untuk bola sepak pasca wabak ini. Kebanyakan patung-patung itu mempromosi ‘kedai untuk orang dewasa’ – dengan memegang banner kedai-kedai tersebut.

Ditambah dengan bunyian rakaman penyokong, anda yang menyaksikan dari TV dan YouTube pasti kehairanan bila masakah penyokong dibenarkan masuk, kerana ia kelihatan seperti penyokong sebenar.

Normal baharu bola sepak

Macam-macam cara yang dilakukan oleh kelab bola sepak untuk memastikan stadium yang kosong tidak dirasai. Di Jerman misalnya, kelab menyarung tempat duduk dengan jersi kelab, dan guntingan kepingan kadbod menyerupai penyokong sebenar.

K-League pada hari pembukaan diantara Jeonbuk Motors dan Suwon Bluewings pula memainkan rakaman suara penonton.

Apapun kaedah, bola sepak tidak boleh menafikan telah kehilangan aset terbesar iaitu penyokong. Apa pun cara, ia pasti tidak akan sama.

K-League adalah bola sepak pertama yang disiarkan kembali secara langsung selepas sukan dibenarkan kembali di beberapa negara.

Minggu ini, Bundesliga Jerman turut kembali mewarnai kancah saingan bola sepak eropah.

Satu perkara yang pasti, jangan main-main dengan imaginasi dan khayalan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.