FAM Bangga DNA Bola Sepak Malaysia Bantu Kecemerlangan Skuad B-15

Petang tadi seluruh peminat bola sepak Malaysia meraikan kejayaan skuad Malaysia bawah 15 tahun menguruskan pasukan Australia. Skuad bimbingan P. Maniam, menang 3-0 dalam akhir tersebut.

Menurut FAM, kecemerlangan skuad Malaysia ketika ini dalam Piala AFF B-15 adalah hasil daripada DNA bola sepak Malaysia yang mereka lancarkan sebelum.

Menerusi laman rasmi Facebook mereka Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan akan perkara itu yang turut dipersetujui dan diperakui oleh P. Maniam.

Berikut adalah petikan daripada kiriman rasmi oleh FAM:

FAM: Aksi Mantap Skuad B-15 Kebangsaan Hasil Daripada DNA Bola Sepak Negara

Aksi mantap yang dipamerkan oleh skuad B-15 kebangsaan pada Kejuaraan B-15 AFF 2019 di Chonburi, Thailand yang sedang berlangsung ketika ini adalah hasil adaptasi mereka daripada DNA Bola Sepak Malaysia yang telah dilancarkan bulan lepas oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo memuji prestasi yang dipamerkan anak buah kendalian jurulatih, P. Maniam setelah mereka berjaya menumpaskan skuad B-15 Australia 3-0 petang tadi.

“Ia merupakan satu perlawanan yang menarik hari ini; pujian harus diberikan kepada ketua jurulatih P. Maniam, para pegawai pasukan dan juga pemain-pemain. Lupakan sebentar tentang keputusan perlawanan, persembahan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kita terutamanya pada separuh masa pertama sangat memukau.

https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/1156933079837003781?s=19

“Mereka memulakan rentak permainan dari bahagian bawah, mendominasi penguasaan bola, memberi tekanan kepada pemain lawan, dan juga melakukan peralihan dengan pantas. Skuad B-15 ini menunjukkan prestasi yang baik serta berjaya menyesuaikan diri dengan cara permainan ini,” kata Peter.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam bersependapat dengan Peter malah menyifatkan aksi anak buahnya pada hari ini amat memberangsangkan.

“Mereka amat bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan hari ini dan berjaya bermain mengikut strategi yang telah disusun oleh barisan kejurulatihan sejajar dengan DNA Bola Sepak Malaysia.

“Mereka turut menunjukkan aksi terbaik di atas padang melalui corak permainan yang menarik. Kami barisan jurulatih amat bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pemain setakat ini,” jelas Maniam.

Walaupun tampil dengan rekod bersih memenangi ketiga-tiga perlawanan setakat ini, Naib Presiden FAM dan Pengurus Pasukan skuad B-15 kebangsaan, Dato’ S. Sivasundaram mengingatkan para pemain untuk lebih fokus dan bermain dengan strategi yang telah disusun rapi oleh barisan jurulatih.

“Pemain-pemain kita bermain dengan amat baik kali ini. Walau bagaimanapun, kita masih di peringkat awal kejohanan ini, jadi kita perlu bertenang dan fokus; bermain mengikut pelan yang telah dirancang,” kata beliau.

Rumusan

Nampaknya begitu cepat DNA bola sepak Malaysia yang dilancarkan FAM meresap ke dalam jiwa para pemain muda Malaysia. Ini cabaran kepada pemain skuad utama untuk menterjemahkan DNA itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.