Fabrizio Romano Dedah Punca Ramai Pemain Tidak Mahu Sertai Liverpool

Penulis bola sepak dan pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano telah menjelaskan bagaimana pandangan beliau tentang ‘ ramai pemain akan menolak untuk menyertai Liverpool sekarang’.

Juara bertahan saingan premier league dan juga salah satu pasukan paling terkenal di benua Eropah, sudah pastinya akan menjadi destinasi impian para pemain bintang.

Walau bagaimanapun, wartawan bola sepak Itali, Romano telah memberikan penjelasan yang agak logik berkait sudut pandangan beliau bahawa ramai pemain akan lebih bimbang untuk sertai Liverpool pada tahun 2021.

Liverpool menghadapi kesukaran berkait isu kecederaan pemain sepanjang musim ini dan ketika perlawanan terakhir mereka dalam saingan premier league bertemu Southampton, pemain midfield seperti Fabinho dan Jordan Henderson telah diarahkan untuk bermain di posisi centre-back.

Fakta bahawa Liverpool kini terdesak untuk menandatangani pemain membuatkan ramai yang takut untuk datang kerana bimbang mereka hanya akan menjadi pengganti untuk seketika sahaja.

Kemudian, ketika pemain seperti Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Diogo Jota kembali cergas, kesemua penandatanganan baru itu pastinya akan kembali memanaskan bangku simpanan.

“Kebanyakkan pemain sekarang tidak mahu sertai Liverpool dan tidak mahu hanya bermain lima, enam, tujuh perlawanan, sebelum pemain utama kembali pulih dari kecederaan.”

“Kemudian, pemain baru ditandatangani itu akan duduk di bangku simpanan untuk tempoh satu musim dan mungkin lebih.”

Jelas Romano dalam siri podcast Here We Go.

“Jadi, untuk ketika ini, Liverpool masih dengan cadangan yang sama: ‘ kita akan kekal dengan pasukan ini. Jika kita ada kesempatan ok. Jika tidak, kita kekal dengan yang sedia ada.”

Romano juga menyatakan bahawa Liverpool tidak mahu berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari ini, walaupun mereka menghadapi isu kecederaan pemain teruk di posisi pertahanan.

Ia kerana mereka berpegang kepada prinsip kelab untuk mendapatkan pemain kemudian mengembangkan bakatnya dan kebanyakkan pemain tidak mahu menunggu lama atau sekadar datang untuk persinggahan.

The reds sanggup menunggu untuk mendapatkan pemain yang betul bersedia berbanding membuat keputusan untuk panic buying.

Lihat saja bagaimana Liverpool menguruskan jendela perpindahan musim panas 2020 mereka, ramai yang hairan mengapa the reds tidak mahu melakukan penandatanganan besar pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, ketibaan pemain kebangsaan Portugal, Jota yang ditandatangani dari Wolves dengan nilai £41 juta pada September lalu, telah membuktikan bahawa pemain baru juga boleh masuk dan serasi dengan sistem Klopp.

Pemain berusia 24 tahun itu dilihat sudah berjaya bersaing dengan jentera serangan utama Liverpool untuk disenaraikan sebagai kesebelasan utama sebelum beliau mengalami kecederaan.

Ditambah pula dengan pemain elit kebiasaannya mempunyai keyakinan untuk bermain dengan cukup baik supaya mereka terus mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

Hakikatnya, sudut pandangan Romano logik untuk diterima, kerana Liverpool dilihat kedekut untuk berbelanja sebelum ini, dan dengan krisis kecederaan yang mereka alami, para pemain pastinya takut untuk datang kerana bimbang hanya akan jadi pengganti sementara sahaja.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.