Cesc Fabregas antara pemain yang dianggap snake ataupun pengkhianat oleh penyokong Arsenal. Ini selepas bekas kapten Arsenal itu menyertai musuh sebandar mereka iaitu Chelsea.
Cesc Fabregas ternyata ada alasan tersendiri untuk menyertai pasukan Chelsea, yang menawarkan beliau peluang untuk menangi lebih banyak piala berbanding dengah The Gunners.
Fabregas mengejutkan ramai pihan apabila menyertai pasukan Chelsea pada 2014, dari Barcelona.
Fabregas berkata, faktor utama beliau memilih menyertai pasukan Chelsea adalah kerana Jose Mourinho. Hanya dengan satu perbincangan 4 mata dengan bekas pengurus Real Madrid itu, beliau terus memutuskan untuk menyertai Chelsea.
Fabregas juga menegaskan bahawa, dalam pada masa yang sama beliau menolak tawaran daripada Manchester City dan Man United.
Cesc Fabregas mahu penyokong Arsenal tahu bahawa, beliau memang mahu kembali semula ke Arsenal ketika itu. Namun malang sekali Arsenal langsung tidak menunjukkan sebarang minat ke atas beliau.
Cesc Fabregas reveals why he chose Chelsea over Manchester United and City in 2014 https://t.co/yLzv0FQnns
— MailOnline Sport (@MailSport) March 24, 2020
Fabregas memberikan masa seminggu untuk Arsenal menghubunginya dan beliau menolak untuk bercakap dengan Manchester United dan Manchester City.
Penantian beliau berakhir hampa dan Fabregas berpendapat Arsenal sudah tak mahukan beliau lagi. Sedangkan beliau sangat ingi kembali semula merumput di Arsenal.
Fabregas memberitahu: “Ketika saya memutuskan akan meninggalkan Barcelona, Arsenal menjadi pilihan utama saya berbanding dengan mana mana kelab.”
“Saya tak nak bercakap dengan mana-mana kelab lain selama seminggu, menunggu panggilan daripada Arsenal. Saya nak tengok sama ada Arsenal mahukan saya ataupun tak,” kata Febregas dalam podcast Arsecast.
“Arsene tidak memberikan saya sebarang jawapan. Kami tunggu seminggu respon mereka. Memang Arsenal pilihan utama saya.”
“Di fikiran saya, saya dah beritahu semua orang bahawa saya akan pulang semula ke Arsenal – ini yang saya mahukan.”
“Arsene tak nampak semua ini. Saya tak naklah jadi pengemis, mereka tahu situasi saya. Dalam seminggu tu, mereka langsung tak kata apa apa. Dan saya tahu mereka sudah tak mahukan saya kembali.”
Oleh sebab sikap Arsenal yang tidak menunjukkan minat ke atas dirinya, maka Fabregas terus memutuskan untuk menyertai pasukan lain.
Ketika itu Jose Mourinho datang berjumpa dengan beliau dan bercakap secara bersemuka dengan Fabregas.
“Selepas minggu itu berlalu, saya mendapat tawaran daripada Man City dan Man United. Dan kemudian saya berjumpa dan bercakap dengan Jose Mourinho. Ianya perkara yang saya rasa tak akan berlaku, iaitu menyertai Chelsea.”
“Jujur saya katakan, selepas saya tinggalkan bilik perbincangan dengan Jose Mourinho, saya berkata, inilah dia, muktamad, saya akan pergi ke Cheslea.”
“Mourinho memberitahu saya pasukan yang beliau mahu bina dan apa yang beliau rasa tentang saya. Dan beliau menegaskan betapa teringinnya beliau mahu saya bermain dalam pasukannya. Ini yang saya mahukan.”
“Faktor penting adalah kelab Chelsea di London bukannya di Manchester. London adalah rumah saya.”
Fabregas kemudian menganggap pilihannya untuk menyertai Chelsea adalah tepat. Ini kerana beliau banyak memenangi trofi bersama dengan pasukan Chelsea.
“Saya tahu apa respon peminat Arsenal. Perkara yang sama akan berlaku jika saya sertai City atau United. Namun saya sangat terdesak mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris.”
“Syukurlah kerana saya membuat keputusan yang tepat. 5 tahun di Chelsea saya sangat gembira kerana menjadi pasukan paling banyak memenangi piala di England ketika saya bermain di sana.”
Cesc Fabregas:
🗣"Thank god that I took the decision to join #Chelsea because those five years I was very happy there, we’ve won everything in England, the most winning team in English football when I’ve been there.
With the fans there was a connection that was impeccable." pic.twitter.com/uGHDKhxGZg
— Talk Chelsea (@talkchelsea) March 25, 2020
“Hubungan dengan penyokong Chelsea sangat luar biasa.”
Fabregas memenangi 2 EPL, 1 Piala FA dan 1 Piala Liga ketika 5 musim di Stamford Bridge sebelum berpindah ke AS Monaco pada Januari 2019.