Pasukan bola sepak paling power di dunia ini, sang penakluk dunia, Liverpool turun dalam perlawanan ulangan menentang Shrewsbury selepas seri 2-2 dalam perlawanan pertama.
Jurgen Klopp telah mengotakan janji tidak akan menggunakan pemain senior dan pengurus iaitu dirinya sendiri bagi memberi rehat ketika winter break.
Pengurus pasukan bawah 23 tahun, Neil Critchley akan mengambil alih tugas Klopp dan menurunkan pemain muda menentang Shrewsbury.
19y 102d – With an average age of 19 years and 102 days, Liverpool have tonight named their youngest ever starting XI in all competitions for the second time this season, surpassing their lineup for the League Cup quarter-final against Aston Villa in December (19y 182d). Break. pic.twitter.com/iUM7BjIyvx
— OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2020
Keputusan Liverpool menurunkan skuad muda nyata memberi kesan yang mendalam kepada pasukan kecil seperti Shrewbury.
Perkara sama pernah terjadi kepada Liverpool Disember lalu di saingan Carling Cup di mana pasukan senior bermain di FIFA Club World Cup(FCWC).
Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan pemain muda Liverpool mempamerkan prestasi yang membanggakan.
5 – Five of the six youngest starting XIs in Liverpool's club history have been named since Jürgen Klopp took charge in October 2015 – Shrewsbury tonight, Aston Villa in December 2019, Plymouth in January 2017 (twice) and Exeter in January 2016. Prospects. #LIVSHR pic.twitter.com/I0w4dKNUhS
— OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2020
Shaun Whalley akhirnya membuka tirai jaringan perlawanan melalui satu sundulan jarak dekat menewaskan Caoimhin Kelleher.
Video Assistant Referee(VAR) pantas menjalankan tugas kerana terdapat unsur-unsur offside untuk gol tersebut.
Dengan penuh keadilan VAR membatalkan gol Shrewsbury kerana ternyata offside. Entah kat mana offside tak pasti.
Pada minit ke-75 lontaran penjaga gol Shrewsbury, Max O’Leary memakan diri di mana membuahkan gol untuk Liverpool.
2 – Shrewsbury have scored two own goals against Liverpool in the FA Cup this season, the first time the Reds have benefited from two own goals by the same opponent in an FA Cup campaign since Brighton scored three in a 1-6 defeat at Anfield in February 2012. Generous. #LIVSHR pic.twitter.com/9TeQBVLDgP
— OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2020
Lontaran Max O’Leary berjaya dipintas Neco William yang membuat kawalan bola ke laut namun bola tidak sempat keluar.
Neco William pantas menghantar bola ke kotak penalti dan Ro-Shaun Williams cuba memotong dengan menghantar bola kepada Max O’Leary.
Malangnya Max O’Leary masih berada jauh dari gawang dan menyebabkan gol sendiri terhasil.
Ro-Shaun Williams merupakan bekas pemain akademi Manchester United.
40 – Liverpool are now unbeaten in 40 games at Anfield in all competitions (W35 D5), winning each of their last seven home matches without conceding a single goal. Playground. #LIVSHR pic.twitter.com/IXgviJCQZv
— OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2020
Kini Liverpool merekodkan 40 perlawanan tanpa kalah di Anfield(5 menang, 5 seri) dalam semua kejohanan dan menang kesemua 7 perlawanan terakhir tanpa bolos.
Dengan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, Chelsea akan menjadi lawan Liverpool yang seterusnya.
https://www.youtube.com/watch?v=R16LolVh4-8
😳😳😳#EmiratesFACup pic.twitter.com/IgQDJnLIXa
— The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2020
https://www.youtube.com/watch?v=ejJbLWXX5Mk
Liverpool: Kelleher, Williams, Hoever, van den Berg, Lewis, Clarkson (Boyes 90+2), Chirivella, Cain, Elliott (Dixon-Bonner 90+4), Millar (Hardy 82), Jones
Pemain gantian tak digunakan: Gallacher, Bearne, Norris
Shrewsbury: O’Leary, Love, Ebanks-Landell, Williams, Golbourne, Pierre, Edwards, Laurent, Whalley (Walker 82), Lang (Udoh 57), Goss (Cummings 74)
Pemain gantian tak digunakan: Murphy, Beckles, Sears, Hart
Piala FA 2019/20: Shrewsbury 2-2 Liverpool
Juara dunia, Liverpool hampir sahaja dihumban keluar oleh pasukan yang bunyinya mirip strawberi.
Liverpool turun dalam aksi pusingan keempat Piala FA 2019/20 dengan bertandang ke tempat lawan berhadapan dengan Shrewsbury.
Ramai yang merasakan ini bukan cabaran yang sukar untuk pasukan yang sehebat Liverpool dengan status mereka yang gah di pentas Eropah dan dunia.
Namun selepas tamat perlawanan, Pengurus Shrewsbury, Sam Ricketts menganggap pasukannya sepatutnya memenangi perlawanan FA Cup mereka dengan Liverpool.
Ini selepas kelab Liga Satu / League One itu melakukan kebangkitan luar biasa dan mencipta banyak peluang gol yang terbaik.
Liverpool sudah tersekat di skala pusingan keempat dalam aksi Piala FA sejak 2015 mahu mara lebih awal untuk mengelak perlawanan ulangan dalam jadual musim yang padat.
Mereka kelihatan bakal merobek dan membelasan lawan mereka dengan mudah. Seawal minit ke-15 lagi, pemain berusia 18 tahun, Curtis Jones menjaringkan gol pembukaan.
Two FA Cup games in 2020 for 18-year-old Curtis Jones, two FA Cup goals ✨ pic.twitter.com/esuVot7m1w
— B/R Football (@brfootball) January 26, 2020
Tidak cukup dengan itu, pada separuh masa kedua, Liverpool tidak memerluka shot ke arah gol untuk mendapatkan gol kedua. Cukuplah dengan memberikan bola kepada pemain lawan.
Donald Love yang terlalu teruja bermain berhadapan dengan juara dunia telah tertampan bola ke gawang sendiri.
Namun percaturan Shrewsbury menjadi apabila mereka meamsukkan Jason Cummings. Pemain itu menjaringkan gol pertamanya menerusi sepakan penalti.
Ini selepas Yasser Larouci mengasari Josh Laurent. Cummings dengan mudah menewaskan Adrian yang cemerlang sepanjang malam.
Bekas penyerang Hibernian, kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi satu kawalan bola yang sangat cantik, mengayamkan Dejan Lovren.
Pemain yang digelar CumDog dan memiliki tatu Joker itu ternyata tidak berlawak dalam aksi ini. Membuatkan Liverpool tidak tahu cara untuk mengekang kehebatannya.
Jason Cummings' game by numbers vs. Liverpool:
30 minutes
13 touches
3 shots
2 shots on target
2 goalsSome men just want to watch the world burn. 🃏 pic.twitter.com/x9HYgtoDLV
— Squawka Football (@Squawka) January 26, 2020
Shrewsbury mendapat beberapa peluang lagi peluang gol selepas itu, namun gagal disudahkan.
Jurgen Klopp yang panik dan kepanasan di tepi padang telah menghantar tiga bintangnya masuk ke dalam padang dari bangku simpanan.
Alex Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah dan Roberto Firmino dimasukkan. Namun mereka bertiga tetap gagal untuk membantu Liverpool mara lebih awal.
Shrewsbury berjaya mengheret pertarungan ini ke Anfield untuk aksi ulangan. Kejayaan itu diraikan oleh penyokong mereka yang masuk ke dalam padang. Terlalu gembira dapat mengikat juara dunia dan kemudian boleh memberikan wang besar kepada kelab.
FT: Shrewsbury 2 #LFC 2. The nightmare result for Klopp. A replay at Anfield. The Reds only have themselves to blame after a wretched second-half display. Cummings’ double leading the hosts’ fightback. Youngsters can hold their heads high after that, senior players not so much. pic.twitter.com/rap4Prk78e
— James Pearce (@JamesPearceLFC) January 26, 2020
Ianya akan kekal dalam lipatan sejarah kelab mereka. Dan selepas ini misi Shrewsbury adalah untuk cuba melakukan kejutan di Anfield.
Kesebelasan utama Liverpool: Adrian, Williams, Matip, Lovren, Larouci, Fabinho, Chirivella, Jones, Minamino, Elliott, Origi.
Subs: Kelleher, Keita, Firmino, Salah, Oxlade-Chamberlain, Hoever, Alexander-Arnold.
Kesebelasan utama Shrewsbury: O’Leary; Williams, Golbourne, Pierre; Love, Norburn, Goss, Whalley, Ebanks-Landell; Laurent, Lang,
Substitutes: Murphy, Edwards, Beckles, Walker, Udoh, Cummings, Hart