Evra Tiba-Tiba Dedah Hubungan Sulit Zaha Dengan Anak Gadis Moyes, Paksa Sky Sports Mohon Maaf

Sky Sports terpaksa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf selepas Patrice Evra memberikan komen mengenai Wilfried Zaha dan hubungan sulit pemain itu dengan anak gadis David Moyes.

Zaha pernah beraksi sebagai pemain Manchester United ketika era David Moyes. Namun prestasi pemain itu serba tidak menjadi di Old Trafford, dan peluang mendapatkan minit untuk beraksi juga sukar.

Tatkala ramai yang percaya Zaha gagal memikat Moyes kerana prestasinya di atas padang, khabar angin turut mengatakan Moyes tidak senang dengan hubungan sulit diantara Zaha dan anak gadisnya.

Dan ketika mengulas mengenai prestasi Zaha menjelang perlawanan di antara Manchester United dan Crystal Palace, Evra tiba-tiba mengaitkan pemain itu dengan anak gadis bekas pengurus Manchester United tersebut.

“Saya masih ingat bahawa beliau [Zaha] adalah pemain yang sangat pantas, dan kemudian beliau dikatakan mempunyai hubungan sulit yang tidak diketahu benar atau tidak bersama anak gadis David Moyes,” tutur Evra.

Penyampai Sky Sports bersama Evra pada ketika itu, Kelly Cates terpaksa memberi respon kepada kenyataan bekas bek kiri United itu.

“Kami tidak tahu latar belakang [perkembangan] kisah itu, maka seeloknya kita biarkan sahaja buat masa ini.”

Dan selepas perlawanan Sky Sports kemudiannya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf bagi pihak mereka sendiri.

“Kami harus memberi penjelasan mengenai komen yang dibuat melalui program pada awal tadi yang menyatakan kemungkinan ada hubungan sulit di antara Wilfried Zaha dan anak gadis David Moyes,” kata Cates.

“Kami difahamkan Wilfried Zaha tidak pernah bertemu dengan anak gadis David Moyes, dan kenyataan dari Patrice [Evra] adalah tidak benar. Kami memohon maaf untuk sebarang masalah yang timbul.”

Apa pendapat anda mengenai komen oleh Evra mengenai Wilfried Zaha itu? Apa pun Zaha berjaya membocori gawang Setan Merah di Old Trafford pada perlawanan semalam. Tahniah Zaha.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.