Evra Hentam Ed Woodward Kerana Percaya Pada Orang Yang Salah

Patrice Evra telah meluahkan pandangan peribadinya terhadap bekas majikan beliau, Manchester United dalam satu siaran langsung di laman Instagram miliknya.

Selain meluah pandangan, Evra juga meluahkan rasa ketidak puas hatiannya terhadap kepimpinan pasukan kesayangan beliau itu.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu merupakan salah seorang pundit ketika kekalahan 3-1 United di tangan Crystal Palace hujung minggu lalu.

Ketika tamat perlawanan itu, beliau menunjukkan kemarahannya dengan menghentam corak permainan serta disiplin yang dipamerkan oleh para pemain.

Beliau juga menghentam kepimpinan pasukan dan ianya tidak habis di situ sahaja, kemarin beliau tampil di laman Instagram miliknya dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Manchester United sekarang.

Dengan hanya Donny Van De Beek menjadi satu-satunya pemain yang ditandatangani oleh United pada musim panas ini dan aksi hambar mereka pada permulaan musim, Evra menggera setan merah untuk segera bangkit.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak boleh untuk bergembira dalam video itu selepas ditinggalkan sedih, penat dan kecewa oleh setan merah.

Berikutnya beliau mengecam executive vice-chairman United, Woodward dengan penuh rasa tidak puas hati dan tidak gembira dengan apa yang berlaku kini.

Evra mendakwa Woodward mempercayai orang yang sepatutnya beliau tidak percayai ketika bekerja untuk United.

“Sekiranya saya ada masalah dengan Ed Woodward, saya tidak akan bercakap di sosial media.”

Jelas Evra kepada Daily Mail.

“Saya akan terus hubungi dia atau berjumpa dia depan-depan untuk bincang apa yang saya fikirkan.”

“Satu-satunya hal yang saya mahu katakan kepada Ed ialah jangan percaya kepada orang yang tidak sepatutnya dia percaya. Dia bahkan percaya pada orang luar yang tidak sepatutnya. Itu apa yang saya mahu katakan tentang Ed.”

“Sebelum kami, Bobby Charlton, George Best, mereka semua mencipta sejarah untuk kelab. Mereka semua mencipta sejarah gemilang untuk kelab dan kami cuba untuk menghormati itu.”

” ’99 dan kami ’08, tetapi sesetengah orang mahu memusnahkan legasi ini. Untuk apa? Perniagaan?”

Legenda berusia 39 tahun itu kemudian mengalihkan pandangan beliau kepada pegawai perunding perpindahan, Matt Judge yang dilabelkan terlalu angkuh dalam negotiasi dan berfikir bahawa menjadi sebahagian dari kelab terbesar membuat dia tinggi diri.

“Ketika kami mahukan pemain dan nilainya £20 juta, kita kemudiannya membeli dia dengan nilai £100 juta. Sekarang semua pemain itu sudah tidak mahu duit kita lagi.”

Sambung Evra lagi.

“Salah seorang sporting director dari kelab terkenal hubungi saya dan meminta saya untuk beritahu Matthew Judge supaya angkat telefon.”

“Kelab sepatutnya perlu berhenti dari jadi berlagak. Bahkan ada beberapa orang dalam kelab sekarang yang tidak menghormati Sir Alex Ferguson.”

“Orang-orang perlu faham bahawa kami(United) menghantar peguam untuk berbincang dengan pemain. Jadi ketika kami menghantar peguam untuk bercakap tentang nombor, mereka bukanlah orang dari dunia sukan bola sepak.”

“Ketika waktu itu, Fergie, David Gill, kami tidak mendengar apa-apa di akhbar, tetapi dapat Robin Van Persie, Evra, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, semuanya berlaku dengan pantas. Ketika United mahukan seseorang pemain mereka akan pergi dan bercakap depan-depan.”

Evra menghabiskan lapan tahun bersama United dengan memenangi gelaran liga dan Liga Juara-juara bawah kendalian Ferguson.

Evra mengakhiri amarahnya semalam dengan menyatakan cintanya terhadap kelab.

“Saya sayang kelab dan mungkin satu hari nanti saya akan bekerja untuk kelab ini lagi, tapi saya akan bekerja dengan kesetiaan dan saya tidak akan menipu semua orang yang sayangkan kelab ini.”

“Saya fikir sesetengah orang yang bekerja untuk kelab sekarang sekadar merosakkan kelab. Sebab itu kita kena jelaskan hal sebenarnya kepada peminat.”

“Saya tahu sesetengah orang takut untuk bercakap hal sebenar kerana bimbang mereka tidak akan ada kerja dikemudian hari, saya tidak peduli, saya tidak perlukan Manchester United. Saya cintakan Manchester United.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.