Sukan lompat tinggi antara sukan teras dalam acara olimpik dan sudah pastinya ia juga teras di dalam sukan serantau.
Sukan ini dianggap sebagai salah satu sukan yang paling teknikal. Memerlukan pelompat mennggunakan teknik yang betul di dalam lompatan mereka.
1. Scissors (gunting)
Ini adalah teknik paling awal digunakan oleh atlet lompat tinggi di dalam sukan ini. Sukan lompat tinggi sudah mula bertapak di dunia pada sekitar 1880 di Scotland.
Teknik ini seperti seorang perlari balapan berhalangan tetapi badan mereka akan dipusingkan ketika melepasi palang.
2. Eastern Cutoff
Teknik ini dimulakan oleh atlet berketurunan Ireland-Amerika, Michael Sweeney yang mengubah teknik lompatan scissors dengan badan disengetkan. Pendaratan adalah menggunakan kaki.
Nama eastern cutoff adalah kerana Sweeney yang berasal daripada daerah di sebelah timur Amerika Syarikat.
Menariknya, pada 1895, Sweeney telah berjaya mencatatkan lompatan 1.97 dengan teknik lompatan ini. Bayangkan Sweeney lahir di era moden. Mungkin dia akan menjadi lebih luar biasa.
Walaupun selepas itu banyak teknik lain digunakan oleh pelompat tinggi, teknik eastern cutoff ini masih digunakan dengan melias di pentas sukan seperti olimpik sehingga 1940-an (lelaki) dan era 1960-an oleh wanita.
John Winter dari Australian menang emas Olimpik 1948 dengan teknik ini. Iolanda Balas dari Romania memenangi emas acara wanita pada Sukan Olimpik 1960 dan 1964 dengan teknik eastern cutoff.
Sehingga hari ini, teknik ini masih digunakan ramai pelompat tinggi terutama sekali di kejohanan sekolah menengah.
3. Western Roll
Melihat kegemilangan eastern cutoff cipataan Michael Sweneey, seorang lagi atlet Amerika Syarikat, George Horine mencipta teknik yang seperti ‘melawan’ nama eastern cutoff. Horine menggelarkan teknik beliau sebagai western roll.
Teknik ini berhadapan dengan bantahan daripada kesatuan olahraga kerana regulasi ‘no diving rules’ yang ada pada ketika itu. ‘Diving’ bermaksud, kepala atlet lebih dahulu daripada kaki mereka.
Beberapa penganjur menghalang penggunaan teknik ini yang dianggap memudaratkan. Tetapi teknik ini telah berterusan mencatatkan rekod yang lebih baik berbanding dengan teknik scissors dan eastern cutoff (juga sebahagian teknik scissors).
George Horine menjadi manusia pertama melepasi 2.0 meter pada 1912 dengan catatan 2.01 meter.
Tidak lama selepas beberapa nama lain telah menjadi pemegang rekod dunia dengan teknik ini termasuk Edward Beeson (1914), Harold Osborn (1924), Walter Marty (1933), dam Cornelius Johnson (1936).
Cornelius Johnson mencatatkan rekod 2.0765 meter dengan teknik ini. Teknik ini juga telah menyebabkan revolusi di dalam peralatan lompat tinggi. Sebelum ini bar/palang itu dipasang di belakang 2 tiang.
Jadi, untuk pelompat yang menggunakan teknik scissors, palang itu kadangkala tidak jatuh kerana tekanan ke belakang yang biasanya dikenakan mereka. Ini adalah kedudukan bar ketika itu.
Manakala untuk pelompat dengan western roll, ia pastinya lebih mudah jatuh kerana tekanan mereka ditarik ke depan. Selepas 1930, palang tersebut dipasang dalam keadaan ia diletakkan seperti yang ada hari ini.

Teknik ini digunakan dengan meluas sehingga awal 1950-an sebelum diambil alih oleh teknik straddle. Walt Davis adalah pemegang rekod dunia terakhir dengan teknik ini dengan ketinggian 2.12 meter pada 1953.
4. Straddle
Ini merupakan teknik yang menghasilkan jaguh lompat tinggi bernama Charles Dumas. Teknik yang menghapuskan dominasi western roll dan teknik yang mekar berkembang sebulum Forsbury Flop.
Teknik ini berbeza dengan scissors ataupun teknik flop kerana pelompat akan mendekati bar dan melompat dengan kaki dan badan seperti bergulung di atas bar.
Teknik ini lebih saintifk berbanding dengan sebelumnya kerana ia melibatakan fokus kepada pusat badan seorang atlet diangkat melepasi bar. Badan ‘dikecilkan’.
Teknik sebelum ini pula lebih fokus kepada mengangkat badan melepasi palang tersebut dan badan lebih ‘besar’. Lebih banyak risiko untuk anggota badan terkena palang.
Charles Dumas, menjadi manusia pertama melepasi ketinggian 7 kaki dengan teknik ini.
Pada Sukan Olimpik 1964 pemenang emas dan perak (Valeriy Brumel dan John Thomas) menggunakan teknik ini. Pemegang rekod dunia terakhir dengan teknik ini ialah Vladimir Yashchenko dengan catatan 2.34 m (7 kaki 8 inci) apda 1978.
Pemenang emas Olimpik terakhir dengan teknik ini ialah Rosemarie Ackermann pada 1976. Ketika itu majoriti atlet lompat tinggi menggunakan Fosbury Flop.
5. Fosbury Flop
Ini adalah teknik yang kita saksikan pada hari ini. Boleh dikatakan semua atlet lompat tinggi beberapa dekad ini menggunakan teknik ini.
Teknik ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury, pelompat tinggi dari Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik Mexico tahun
1968.
Selepas kejayaan Dick Fosbury memenangi emas dalam kejohanan tersebut, tumpuan dunia mulai terarah kepada teknik beliau.
Gaya ini awalnya dirasakan unik dan sukar untuk diaplikasikan. Ini kerana pelompat akan menghampiri palang dan menukar badan mereka untuk memastikan posisi badang dalam keadaan terlentang dalam bentuk C dan mendarat dengan punggung.
Pada awalnya, teknik Fosbury Flop ini juga agak melingkar di sekitar palang. Tetapi lama kelamaan ia dilakukan dengan badan dibebaskan jauh daripada palang.
Teknik ini memerlukan momentum larian dan momen yang tepat ketika melakukan lompatan.