Everton Dan Newcastle Merupakan Dua Pasukan Paling Lantang Mahu ‘Big Six’ Dipotong Mata

Everton dan Newcastle United menggesa Premier League untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pasukan ‘big six’ atas kesalahan mereka berkait European Super League.

Kedua-dua kelab itu disokong oleh West Ham mahu Manchester United, Manchester City, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Arsenal berdepan dengan hukuman pemotongan mata.

Mereka lebih bersetuju agar kesemua pasukan ‘big six’ menjalani hukuman pemotongan mata berbanding dengan denda.

Kelab-kelab lain dalam premier league walau bagaimanapun sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan lebih memilih untuk melihat kesemua ‘big six’ hanya dikenakan hukuman denda sahaja.

Ia kerana kebanyakkan mereka merasakan pemotongan mata sangat tidak praktikal dan ia akan menyebabkan masalah yang bakal berlanjutan dan bakal menyulitkan keadaan.

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa Premier League ketika ini perlu segera menyelesaikan masalah tersebut sebelum mesyuarat akhir musim bersama semua pemegang saham minggu hadapan.

Penubuhan European Super League sebelum ini telah dikritik teruk oleh pelbagai pihak dan turut ditentang oleh badan kerajaan.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin turut mengecam pertandingan tersebut dan mengkritik pengasas pertubuhan liga haram tersebut.

Dalam laporan UEFA, beliau menulis:

“Laporan ini menggariskan bagaimana hukuman penyiaran, stadium kosong, pengurangan pendapatan komersial dan penurunan kadar keuntungan dari perpindahan pemain yang membawa kepada projek €8.7bn dalam pendapatan sesebuah kelab profesional, dengan nilai tersebut akan dibahagikan secara sama rata kepada pasukan di atas dan di bawah, yang mana ia merupakan pampasan untuk menjimatkan kos.”

“Struktur pertandingan yang bakal merosakkan nilai, menawarkan untuk memberikan sesuatu dengan sebelah tangan, sementara mengambil semula dengan lima tangan bukanlah satu jawapan.”

“Ekosistem dalam bola sepak secara keseluruhannya di peringkat profesional, amatur dan peringkat remaja ketika ini sedang teruk diganggu oleh masalah pandemik.”

“Hal ini memerlukan usaha yang lebih bersepadu dan tindak balas yang lebih koorsinasi dari setiap inci dalam piramid bola sepak. Solidarity, bukan untuk kepentingan diri, ia mesti dilakukan dan akan capai matlamat di cari.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.