Impian Wolves untuk pergi lebih jauh di pertandingan eropah akhirnya ditamatkan dengan kejam oleh Sevilla apabila tewas melalui jaringan minit akhie pasukan dari Sepanyol itu.
Skuad Nuno Espirito Santo hanya boleh menyalahkan diri sendiri atas kegagalan tersebut selepas Raul Jimenez gagal menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke-13.
Perlawanan seakan-akan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terus terikat dan menuju ke minit akhir masa sebenar.
Wolves bergelut untuk mencipta peluang sepanjang tempoh itu, namun gagal mempertahankan kedudukan apabila Lucas Ocampos menyempurnakan hantaran lintang Ever Benega untuk menamatkan terus peluang mereka ketika perlawanan berbaki hanya dua minit.
Wolves tidak akan berada di dalam pertandingan Eropah pada musim akan datang setelah hanya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini di tangga ke-7.
Juara lima kali Sevilla pula kini berada di prestasi terbaik mereka apabila mengharungi 19 perlawanan tanpa tewas dalam semua pertandingan.
Skuad kendalian Julen Lopetegui itu akan berhadapan Manchester United di Dusseldorf di peringkat separuh akhir pada Ahad akan datang.
Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Inter Milan akan berhadapan dengan cabaran dari Shakhtar Donetsk.