Europa League: Man United Dapat Laluan Getir Sekali Lagi

Manchester United sekali lagi diundi berhadapan dengan pasukan hebat dalam peringkat 16 terakhir.

Sebelum ini mereka diundi berhadapan dengan Club Brugge. Man United tetap melepasi pusingan tersebut dengan jayanya. Berbeza dengan Arsenal, dengan pasukan dari Greece pun tersingkir di halaman sendiri.

Man United akan memasang strategi yang terbaik bagi berhadapan dengan lawan mereka.

Pasukan yang akan mereka tentang pada pusing round of 16 adalah LASK. Pasukan yang kini berada di puncak Liga Austria.

Jadi, pasukan yang ada ciri ciri juara biasanya akan berhadapan dengan lawan yang sukar di peringkat seperti ini.

Ini bukan pertama kali United diundi bertemu pasukan di puncak liga dan berada pada prestasi terbaik.

Sebelum ini, Manchester United mengesahkan kemaraan mereka dengan menang ke atas pendahulu liga Belgium iaitu Club Brugge, yang turut diwakili bekas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

Berbeza dengan pasukan Liverpool yang gagal menewaskan pasukan di tangga keempat dalam La Liga.

Olympiakos akan bertemu cabaran sebenar mereka dari England iaitu Wolves. Ini selepas mereka mudah menyingkirkan Arsenal di pusingan 32 pasukan sebelum ini.

Dalam aksi dramatik itu, Olympiakos menyamakan aggregate dalam masa 90 minit. Namun  Arsenal berjaya mendahului semula dengan gol lipak oleh Aubameyang.

Malang sekali buat Arsenal, pada saat akhir dalam aksi extra time, Olympiakos menjaringkan gol kemenangan.

Aubameyang pula gagal menyempurnakan satu peluang terakhir Arsenal.

Berbalik kepada cerita undian UEL round of 16, pasukan  Rangers akan berhadapan dengan Bayer Leverkusen.

Skuad bimbingan Steven Gerrard sebelum ini menjadi pasukan pertama yang mara ke round of 16. Mungkin bakal menjadi pasukan pertama yang tersingkir.

Ini kerana lawan mereka, Bayer Leverkusen dalam prestasi yang sangat baik ketika ini.

Pasukan bimbingan Antonio Conte yang sarat dengan bekas pemain Manchester United, iaitu Inter Milan pula akan berhadapan dengan Getafe.

Sebuah lagi pasukan dari Itali yang diperkuatkan bek tengah United, Chris Smalling, iaitu pasukan AS Roma akan bertemu dengan Sevilla.

Sungguh hebat cabaran pemain pemain dan bekas pemain Man United dalam saingan pada kali ini.

Berikut adalah keputusan undian penuh:

UEFA Europa League round of 16 ties
İstanbul Başakşehir (TUR) vs Copenhagen (DEN)
Olympiacos (GRE) vs Wolves (ENG)
Rangers (SCO) vs Leverkusen (GER)
Wolfsburg (GER) vs Shakhtar Donetsk (UKR)
Internazionale Milano (ITA) vs Getafe (ESP)
Sevilla (ESP) vs Roma (ITA)
Eintracht Frankfurt (GER) vs Basel (SUI)
LASK (AUT) vs Manchester United (ENG)
Arsenal (ENG) vs JKR Kedah (MAS)

Perlawanan pertama round of 16 Europa League akan berlangsung pada 12 Mac. Manakala aksi perlawanan kedua pula akan berlangsung pada 19 Mac 2020.

Apa pandangan anda semua? Mampukah Man United melepasi cabaran sukar ini?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.