Sebanyak 48 pasukan berentap di saingan Europa League untuk peringkat kumpulan, selepas enam perlawanan maka siapa yang layak sudah diketahui.
Pasukan yang muncul juara dan naib juara sebanyak 24 pasukan sudah diketahui dan lapan pasukan tempat ketiga terbaik Champions League akan meneruskan saingan di Europa League.
Maka 32 pasukan akan berentap untuk dipusingan kalah mati untuk terus hidup dan mencari kejuaraan.
Dengan kehadiran Manchester United di Europa League maka kejohanan kelas kedua Eropah seolah-olah menjadi kejohanan paling agung di Eropah.
10 – Manchester United are unbeaten in their last 10 Europa League knockout stage games (W6 D4), since a 0-2 loss at Liverpool in March 2016. Indeed, they won the competition the last time they were in it in 2016-17. Conquerors. pic.twitter.com/WXrgxnlJRp
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Manchester United telah diundi bertemu kelab daripada Belgium, Club Brugge yang boleh dianggap sebagai pasukan pelengkap jadual sahaja.
Ini merupakan perlawanan pertama antara Club Brugge dan Manchester United di pusingan 32 terbaik.
Manchester United merehatkan beberapa pemain utama termasuklah Bruno Fernandes dan Fred dan ini memberi impak kepada prestasi di padang.
Perlawanan 10 minit pertama kelihatan seimbang dengan aksi huru-hara dan masih berbaloi dilihat kerana bermain pada jam 2.00 pagi.
Sepakan terus daripada penjaga gol Club Brugge, Simon Mignolet berjaya mencari Emmanuel Denis yang berlari seperti lipas kudung.
Club Brugge's Emmanuel Dennis has scored three goals in European competition this season:
⚽ Real Madrid
⚽ Real Madrid
⚽ Manchester UnitedA man for the big occasion. 😎 pic.twitter.com/dh1F381BRg
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Brandon William cuba mencabar dengan kejaran yang tidak seberapa, Sergio Romero juga tidak mahu kalah apabila keluar untuk menghalang.
Harry Maguire? Dengar cerita sebatu kena tinggal.
Emmanuel Denis dengan jahat dan bijaknya melambungkan bola melihat Romero keluar dan melemaskan sesiapa saja yang terkena.
Bola jatuh ke tanah dan meleleh sambil mengekek gelak pergi menuju ke gawang yang tebuka tanpa pengawal.
Ketika melihat bola meleleh menuju ke gawang para penyokong Setan Merah sudah pasti berdoa supaya bola tidak masuk. Tolong la jangan masuk!
1 – Simon Mignolet is the first goalkeeper to provide an assist in the Europa League since Guilherme for Lokomotiv Moscow against Sporting Lisbon in September 2015. Launch. pic.twitter.com/lM0cNfpTmh
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Pada minit ke-15 Club Brugge sudah di depan dan Simon Mignolet bekas penjaga gol Liverpool melakukan bantuan gol.
Selepas jaringan tersebut pertahanan Manchester United terus barai dan barai dan barai, terbelah sana-sini.
Kiri, kanan bahagian pertahan Setan Merah bocor, mujur pemain Club Brugge tidak mempunyai sentuhan penyudah yang mantap.
Anthony Martial's top-scoring seasons for Manchester United:
2015-16: 17 goals
2019-20: 14 goalsCommon theme? The No.9 shirt. 😉 pic.twitter.com/8F9Hf97VHD
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Dalam kebaraian itu Manchester United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil bola lencongan rendah Anthony Martial.
Kesilapan bahagian pertahanan Club Brugge segera dihukum Anthony Martial untuk gol penyamaan.
Separuh masa kedua berlangsung agak hambar dan tiada apa yang menarik dengan kegopohan dan permainan caca marba daripada kedua-dua pasukan.
Bruno Fernandes had more shots than any other Man Utd player against Club Brugge (4).*
He came on in the 81st minute.
*All four were blocked. 😬 pic.twitter.com/xRpYjOkdeC
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Ole telah memasukkan Odion Ighalo, Fred dan Bruno Fernandes namun tiada apa yang dapat merubah perlawanan kecuali bekalan gol tempat lawan.
Kemasukkan Fernandes pada minit ke-81 hanya berjaya merekodkan pertambahan percubaan dengan 4 percubaan dan kesemuanya berjaya dihadang.
Selepas kemenangan ke atas Chelsea beberapa hari lalu tiada yang positif ditampilkan Manchester United kecuali gol Martial.
CLUB BRUGES (3-5-2): Mignolet 6.5; C Mata 6, Mechele 6, Deli 6.5; Kossounou 6, Rits 7, Vanaken 6, Balanta 5.5 (Vormer 47), De Cuyper 6 (Schrijvers 73, 6); Dennis 8, Tau 6 (De Ketelaere 63, 6).
Subs: Horvath, Okereke, Mitrovic, Ricca.
MAN UTD (3-4-3): Romero 5; Maguire 6.5, Lindelof 6, Shaw 6.5; Dalot 6 (Fernandes 81), Pereira 4.5 (Fred 70, 6), Matic 6, Williams 5; Mata 6.5, Martial 6.5 (Ighalo 68), Lingard 5.
Subs: De Gea, Bailly, Fred, James, Wan-Bissaka.