EURO 2020 Atau EURO 2021? Ini Jawapan UEFA

EURO 2020 sudah sah akan dianjak ke tahun 2021, kerana pandemik koronavirus yang melanda. Namun adakah nama EURO 2020 akan diubah menjadi EURO 2021?

Banyak acara sukan di seluruh dunia sudah digantung sementara kerana covid-19, EURO 2020 antara acara besar yang tak terkecuali.

Eropah antara yang terjejas teruk terutama sekali Itali di mana angka korban Covid-19 di negara tersebut merupakan yang tertinggi di dunia pada ketika ini.

UEFA beri jawapan

EURO 2020 sah akan dianjurkan pada tahun hadapan. Di mana kejohanan beprestij itu akan bermula pada  11 Jun 2021 dan berakhir pada 11 Julai 2021.

UEFA mengesahkan bahawa nama EURO 2020 akan kekal disebut EURO 2020 dan bukannya EURO 2021 seperti mana yang digembar gemburkan sesetengah pihak.

Ianya masih kekal dengan nama EURO 2020. Kejohanan EURO 2020 akan menandakan genap 60 tahun penganjuran temasya 4 tahun sekali itu.

 

UEFA dalam kenyataannya berkata: “UEFA hari ini mengumumkan bahawa kejohanan EURO 2020 yang sepatutnya berlangsung Jun dan Julai tahun ini terpaksa ditunda ke tahun 2021.”

“Kesihatan semua pihak adalah keutamaan kami pada ketika ini.”

UEFA juga menyatakan mereka tidak mahu memberikan sebarang kesulitan kepada pihak berkuasa, hanya kerana mahu membantu menganjurkan EURO 2020 di tengah tengah wabak koronavirus.

Jadi, tindakan untuk menunda kejohanan ini ke tahun hadapan iaitu tahun 2021 dianggap paling tepat berdasarkan situasi semasa ketika ini.

“Kami percaya kesemua venue masih sama, dan untuk memastikan kejohanan ini kekal seperti sebelum ini, menjadi kejohanan Eropah yang terbuka.”

EURO merupakan salah satu kejohanan terbesar dalam kalendar bola sepak Eropah selain daripada kejohanan antara kelab seperti Liga Juara Juara Eropah.

Ia adalah kejohanan yang menjadi tumpuan dunia kerana menyenaraikan pasukan terbaik di Eropah yang sarat dengan bintang bola sepak dunia.

Edisi terakhir sebelum ini dimenangi oleh Portugal. Mampukah pasukan Portugal mempertahankan kejuaraan mereka pada edisi akan datang ini?

Bahaya Covid-19

Covid-19 telah memberikan banyak impak kepada acara sukan di dunia. Virus yang mulai merebak dari Wuhan itu telah menjadi ancaman global.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan ketika virus ini semakin kritikal di China sejak akhir tahun 2019.

Itali antara negara yang teruk terjejas kerana koronavirus ini. Mereka menjadi negara paling tinggi kematian kerana covid-19.

Buat masa ini masih belum ada vaksin dan penawar untuk wabak covid-19, yang terus meragut nyawa, pada saban hari.

Jadi, amat penting untuk mencegah wabak ini daripada terus merebak. Ianya dengan mengikuti arahan pihak berkusa dan sentiasa menjarakkan diri daripada satu sama lain.

Banyak negara sudah mengenakan peraturan lockdown gara gara mahu memastikan wabak ini tidak terus merebak dengan teruk.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.