ESPN Dedahkan VAR Paling Banyak Tolong Setan Merah, Walaupun Selalu Melaungkan LiVARpool

Manchester United ketika ini sedang mendahului carta pasukan paling banyak disebelahi dan diselamatkan oleh VAR.

Maksudnya apa? Ya, maksudnya Man United bermain dengan kejujuran dan fairplay. Cuma sebelum ini mereka kerapkali dianiaya keputusan yang tak adil.

Dengan adanya bantuan VAR, maka jelas Man United terlalu unggul untuk ditentang dalam sistem bola sepak penuh keadilan. Itulah sebabnya kenapa United berada di tangga kelima.

VAR menjadi sistem yang hangat diperdebatkan sekali lagi. Ini berikutan insiden di Goodison Park di mana, Man United seri 1-1, diselamatkan sekali lagi oleh VAR yang adil dan saksama.

Gol kedua Everton dibatalkan kerana Gylfi Sigurdsson berada di kedudukan melindung pandangan De Gea.

Menurut ESPN, Man United adalah pasukan paling banyak mendapat bantuan VAR musim ini.

Keran VAR, Man United mendapat +8 keputusan VAR berpihak. Ada lagi nak lawan? Minta maaf. Pergi lawan Watford dulu.

Di tempat kedua adalah Brighton yang mendapat manfaat daripada kemajuan VAR dengan +7.

Jadi, tuduhan kononnya Liverpool adalah LiVARpool kerana seringkai dibekap oleh VAR adalah tidak tepat.

Liverpool hanya mendapat +1 keputusan berpihak daripada bantuan VAR, sama dengan Manchester City, Tottenham Hotspur dan Leicester City.

Paling teruk hilang mata kerana VAR adalah Sheffield United dengan hilang 6 kali ataupun -6 VAR tidak berpihak kepada mereka.

Ini termasuk pembatalan gol Lys Mousset ketika berhadapan Man City pada Disember tahun lalu.

VAR mulai menyemai cintanya kepada United pada aksi berhadapan Arsenal pada September. Di mana gol  Pierre-Emerick Aubameyang ditarik VAR walaupun pengadil sudah memberikannya.

Seterusnya, mereka juga diselamatkan VAR apabila gol Sadio Mane dibatalkan pada 20 Oktober, selepas pengadil memberikannya.

Selepas itu VAR memberikan 2 penalti kepada Man United dalam aksi berhadapan dengan Norwich, namun kedua duanya gagal disempurnakan.

Pada Disember Man United diberikan penalti oleh VAR ketika aksi berhadapan dengan Man City.

Gol Roberto Firmino ke atas Man United ditarik oleh VAR kerana dikatakan ada contact daripada Van Dijk ke atas De Gea.

United mendapat dua keputusan VAR memihak mereka ketika menentang Chelsea pada 17 Februari, dengan Kurt Zouma dan Olivier Giroud kedua-dua gol mereka dibatalkan VAR.

Dan dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Watford, gol Troy Deeney dibatalkan VAR.

Keputusan kelapan VAR yang memihak kepada Man United, ketika  gol Calvert Lewin dibatalkan.

Ini adalah carta pasukan paling mesra VAR buat masa ini:

Manchester United +8
Brighton +7
Crystal Palace +5
Burnley +4
Southampton +3
Leicester, Liverpool, Manchester City, Newcastle, Tottenham +1
Bournemouth 0
Watford -1
Arsenal, Everton -2
Aston Villa -3
Chelsea, West Ham -4
Norwich, Wolves -5
Sheffield United -6

Apa motif ESPN mengeluarkan data seperti ini? Pastinya mereka mahu menunjukkan bahawa pasukan Man United kini dilindungi daripada sebarang unsur penipuan dalam bola sepak.

Syabas kepada VAR dan FA England.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.