ESPN merupakan syarikat penyiar tv satelit yang terkenal di seluruh dunia. Mereka memiliki nama-nama besar dalam bidang analisis sukan termasuk bola sepak.
Terbaru, dalam slot Analisis Perlumbaan Untuk Penyingkiran, pundit Alejandro Moreno dan Ross Dyer memasukkan sekali nama Manchester United.
Adakah ini tindakan yang bijak daripada ESPN? Berdasarkan prestasi semasa Manchester United dibezakan hanya 2 mata daripada zon penyingkiran.
Ianya gara-gara pretasi hambar mereka pada 8 perlawanan pertama EPL. Terbaru mereka tewas 1-0 di tangan pasukan Newcastle United.
United kini hanya mengutip 9 mata daripada 8 perlawanan. Selepas kemenangan 4-0 ke atas Chelsea, mereka gagal menjaringkan lebih 1 gol daripada setiap perlawanan.
Ini merupakan permulaan terburuk untuk Mancheter United sejak 1989/90.
Namun harus diingat musim lagi panjang dan juga Manchester United satu-satunya pasukan setakat ini yang mengalahkan Chelsea 4-0 pada hari pembukaan EPL.
Moreno dalam analisisnya berkata: “Mereka kini benar-benar dalam persaingan mengelak penyingkiran.”
“Semua pasukan ini, termasuk Manchester United. Ya, baru lapan perlawanan. Namun mereka tetap perlu ada rasa risau dengan pasukan-pasukan lain ini.”
No exaggeration, I don’t see Manchester United finishing in the top half. There’s genuine potential of being sucked down even further. Basically in a relegation battle. Rancid.
— Liam Canning (@LiamPaulCanning) October 6, 2019
Manchester United boleh dikatakan sudah tersingkir daripada persaingan kejuaraan EPL. Namun semangat Manchester United, pastinya masih ada untuk mengejar slot ke UCL musim hadapan.
Ole Gunnar Solskjaer menyatakan aksi menentang Liverpool selepas minggu rehat antarabangsa merupakan kunci kepada kebangkitan Man United musim ini.
Solskjaer menganggap ia sebagai perlawanan sempurna dengan mengambil kira masa mereka bertemu dan juga kualiti Liverpool.
Solskjaer sudah tidak sabar untuk melihat para pemainnya menunjukkan taring sebenar dalam aksi menentang Liverpool.
Buat masa ini, para pemain sedang bermain bersama pasukan kebangsaan dan ianya peluang untuk mereka meredakan sedikit tekanan.
Manchester United juga berharap mereka akan dapat memulihkan semula kecergasan beberapa pemain utama mereka seperti Anthony Martial.