Erling Haaland Tak Nak Sertai Manchester United Dan Pilih Borussia Dortmund

Penyerang remaja sensasi dari Norway iaitu Erling Braut Haaland telah membulatkan tekadnya untuk menyertai Borussia Dortmund.

Erling Braut Haaland adalah penyerang RB Salzburg yang bersaing dalam kejohanan setinggi UCL musim ini. Namun disingkirkan oleh Liverpool dan Napoli daripada peringkat kumpulan.

Erling Braut Haaland pemain yang menjadi sasaran Manchester United. Lebih-lebih lagi sebelum ini Erling Braut Haaland dan Ole Gunnar Solskjaer pernah bekerja bersama di Liga Norway.

Pemain itu sangat ingin beraksi di bawah Ole Gunnar Solskjaer pada sebelum ini. Dan Ole sendiri memberikan bayangan bahawa beliau mahukan pemain tersebut cuma tidak boleh bercakap tentang pemain kelab lain.

Manchester United masih mencari pemain yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Romelu Lukaku.

Solskjaer tahu pemain itu berminat untuk menyertainya di Manchester United. Namun begitu Man United dilihat sukar untuk memberikan jaminan minit perlawanan yang lebih banyak kepada pemain itu berbanding dengan Borussia Dortmund.

Melihatkan Manchester United gagal untuk meyakinkan Erling Braut Haaland, Juventus datang dengan tawaran untuk pemain tersebut.

Juventus yakin mereka akan dapat khidmat Erling Braut Haaland. Ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh seorang lagi pemain sasaran Man United iaitu, Mario Mandzukic.

Mario Mandzukic sudah sah menyertai liga Qatar, iaitu Al Duhail.

Juventus menghantar bidaan sebanyak £30 juta untuk menewaskan Manchester United dalam usaha mendapatkan tandatangan pemain muda itu.

Namun malangnya, Juventus juga turut gagal meyakinkan Erling Haland dari segi jaminan minit perlawanan.

Akhirnya pemain itu memutuskan untuk menyertai pasukan lain dan menolak tawaran daripada kelab gergasi England serta gergasi Itali itu.

Hari ini, Borussia Dortmund mengesahkan bahawa Erling Braut Haaland milik mereka secara mutlak. Pemain itu setuju dengan terma kontrak sehingga 2024 nanti.

Erling Haland dilaporkan memilih Borussia Dortmund kerana pasukan itu mampu menawarkan beliau tempat dalam kesebelasan utama.

Borussia Dortmund kini berada di tangga keempat dalam Bundesliga dan dibezakan 7 mata daripada pasukan tangga teratas, RB Leipzig.

Ini selepas pasukan Borussia Dortmund hanya mencatatkan 8 kemenangan, terlalu banyak seri dengan  6 kali seri dan juga 3 kekalahan setakat 17 perlawanan ketika ini.

Kehadiran Erling Haaland diharap akan dapat memperkasakan lagi barisan serangan Borussia Dortmund dalam usaha mereka mahu bangkit.

Musim ini beliau sudah menjaringkan 16 gol dalam liga Austria daripada 14 perlawanan. Erling Braut Haaland turut mencetak 8 gol daripada 6 perlawanan di peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah.

Sementara itu 4 lagi gol adalah daripada Piala domestik Austrian Cup selepas 2 perlawanan.

Rekod yang luar biasa ini untuk pemain berusia 19 tahun membuatkan Erling Haaland ibarat pisang panas di pasaran perpindahan.

Haland boleh bermain dalam sistem permainan dengan formasi 4-4-2 ataupun dengan sistem seorang penyerang utama.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.