Erling Braut Haaland bukan hanya salah satu prospek yang paling menarik dalam bola sepak malah beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam sukan Olahraga.
Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia untuk sukan lompat jauh yang paling lama ketika beliau berusia 5 tahun.
Penyerang Norway yang berbakat itu telah menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan untuk Borussia Dortmund musim ini.
Berikutan kehebatannya membantu Dortmund menundukkan Paris Saint-Germain di pusingan 16 Liga Juara-juara pada malam Selasa lalu di mana beliau menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas PSG.
Sebagai seorang anak muda, ayah Haaland, Alf-Inge, adalah individu penting dalam pembanggunan karier beliau. Ayahnya telah membawa beliau untuk mencuba dalam pelbagai jenis sukan.
Selain bola sepak, ayahnya telah membawa beliau untuk mencuba dalam sukan ski bersilang, bola baling dan olahraga.
Dan beliau telah berjaya dalam kesemua sukan yang beliau ceburi.
Malah, beliau telah mencatatkan rekod dunia untuk sukan lompat jauh ketika beliau berusia 5 tahun pada 22 Januari 2006, di mana dia mencatat kan lompatan sejauh 1.63 meter.
Alfe-Inge Haaland menjelaskan keputusannya untuk “menguji” dan memberi Erling untuk mencuba semua sukan itu dalam temu bualnya dengan Dagbladet.
“Ia sebelum dia mula bermain bola sepak,” katanya.
“Kami sering membawanya ke padang untuk olahraga supaya beliau boleh menguji kelebihan dirinya sendiri. Erling bermain bola baling, olahraga dan ski bersilang negara sehingga ia berusia 14.”
“Pengurus bola baling Norway mahu dia bermain bola baling. Jurulatih Iceland, Thorir Hergeirsson mahu Erling bermain bola baling bukan bola sepak, tetapi nasih beliau sudah tertulis dalam sukan bola sepak”.
“Saya fikir ia bagus untuk bermain tenis dan bola baling disamping bermain sukan lain.”
Erling Braut Haaland still holds the world record for the longest standing long jump for 5 year olds. Haaland jumped 1.63m on 22 jan 2006. https://t.co/9h5cYtx8dW pic.twitter.com/dj8spKkEEE
— André Noruega (@AndreOstgaard) February 19, 2020
Alfie berkata ketika bercakap tentang cinta anaknya di olahraga pada usia sekarang.
” Versatility adalah penting. Anda dapat mengembangkan bakat yang sama sekali berbeza, dan itu boleh menjadi positif tidak kira apa yang anda lakukan.”
Alf-Inge Håland, Haalands father told Dagbladet: It was before he started playing football. We used to take him to athletics so he could test himself. Erling played handball, athletics and cross-country skiing til he turned 14. Norways handball manager wanted him to play handball
— André Noruega (@AndreOstgaard) February 19, 2020
Selepas cemerlang memecah rekod dunia dalam sukan olahraga dan hebat dalam bermain bola baling, Haaland kini sedang cemerlang dalam sukan bola sepak dan tidak mustahil beliau boleh menjadi pemenang Ballon d’Or masa depan.