Eric Dier Didenda Kerana Ajak Penyokong Bertinju

Eric Dier telah didakwa melakukan kesalahan oleh FA setelah dia berkonfrontasi dengan penyokong di dalam stadium.

Kejadian itu berlaku susulan kekalahan Tottenham pada Piala FA di tangan Norwich City bulan lalu.

Spurs tersingkir menerusi penalti setelah seri 1-1 dengan Norwich dalam pertembungan pusingan kelima di Stadium Tottenham Hotspur.

Dier, yang mencetak gol dalam penentuan penalti kecewa dengan tindakan seorang penyokong Spurs.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Dier telah naik ke tempat duduk penyokong. Beliau terpaksa ditenangkan oleh pembantu stadium.

Dier telah pergi bersemuka dan bertikam lidah dengan penyokong tersebut di tengah tengah crowd penyokong.

Ramai yang tergamam dengan tindakan Eric Dier itu. Beliau seterusnya berjaya ditenangkan dan meninggalkan tempat tersebut.

Jika tak, mungkin insiden yang tidak diingini berlaku pada hari itu.

Pengurus Spurs, Jose Mourinho mengatakan selepas itu bahawa Dier telah bertindak balas terhadap penghinaan terhadap adiknya.

Eric Dier turut mengesahkan perkara yang sama. Dier menyatakan bahawa penyokong tersebut tidak henti henti mengutuk dan menghina adik dan keluarganya.

Namun Mourinho menyatakan bahawa beliau tidak boleh ‘tak setuju’ sekiranya kelab mengambil tindakan berat ke atas Dier. Walaupun Mourinho faham bahawa Eric Dier hanyalah manusia biasa yang tak lari dari silap dan ada hati serta perasaan.

Spurs sudah memberitahu bahawa mereka mengambil tindakan tegas ke atas Dier di atas kesalahannya.

Pada hari Khamis, FA menyatakan: “Eric Dier telah didakwa melakukan kesalahan kerana melanggar Peraturan FA E3.”

“Beliau didapati bersalah di atas tindakan pemain tengah Tottenham Hotspur tersebut selepas wisel penamat perlawanan Piala FA Emirates menentang Norwich City pada hari Rabu 4 Mac 2020.”

“Ia adalah tindakan yang tidak wajar atau mengancam keselamatan.”

“Eric Dier ada masa sehingga Jumaat 8 Mei 2020 untuk memberikan respons.”

Pemain pergi ke arah penyokong dan berkonfrontasi adalah satu kesalahan yang sangat berat. Ini kerana ianya tindakan yang boleh mengundang perkara yang lebih mudarat.

Dier telah membuat 25 penampilan dalam semua pertandingan untuk Spurs musim ini.

Spurs masih berusaha untuk cuba menamatkan musim ini di empat tempat teratas dan mara ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Spurs mengambil tindakan memecat Mauricio Pochettino pada awal musim dan menggantikannya dengan Jose Mourinho.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.