Eric Dier Ajak Penyokong Bertumbuk

Eric Dier bakal berhadapan dengan hukuman penggantungan yang panjang selepas terlibat dalam konfrontasi dengan penyokong Tottenham Hotspur dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.

Insiden itu berlaku selepas kekalahan pasukan Tottenham Hotspur di tangan Norwich dalam aksi Piala FA pusingan kelima.

Spurs mendahului dalam perlawanan ini. Namun tumpul untuk mendapatkan gol kedua. Norwich berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Pemain tengah England itu menjaringkan penalti dalam penentuan sepakan penalti, tetapi Spurs kalah 3-2. Ini selepas tendangan terakhir dari Gedson Fernandes diselamatkan oleh Tim Krul.

Spurs tersingkir dan Norwich mara ke pusingan suku akhir Piala FA. Jelas sekali kekecewaan dipancarkan oleh para penyokong Spurs di stadium.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Selain daripada prestasi terumbang ambing pasukan mereka musim ini.

Eric Dier nak bertumbuk dengan penyokong

Namun kejadian selepas tamat perlawanan itu telah menarik perhatian dunia. Menyaksikan Eric Dier cuba menjadi Eric Cantona. Bezanya dia tak melakukan kungfu, dan menyerang penyokong sendiri.

Dier dengan wajah bengisnya, telah pergi menerjah kawasan penyokong dan menaiki tangga.

“Saya fikir Eric Dier telah melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh kami sebagai profesional.”

“Namun dalam keadaan tersebut, sesiapa sahaja di antara kita akan melakukan perkara yang sama.”

“Ini apabila keluarga kamu dihina, saya ulangi, Eric melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan seorang pemain profesional, dan ada kemungkinan setiap orang akan melakukannya, jika di tempat dia.”

Beberapa video yang berkaitan dengan insiden itu telah tular di media sosial. Dan dengan jelas menunjukkan Dier melompat melepasi papa iklan digital di stadium.

Dan dia kemudiannya mendaki beberapa barisan kerusi untuk bersemuka penyokong yang menghina keluarganya.

Eric Dier kemudian meninggikan suaranya dalam keadaan sangat marah. Namun masih dapat mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu yang lebih teruk.

Dier mengamuk di sana dan berkonfrontasi dengan penyokong tersebut.

Dier akhirnya berjaya ditenangkan dan masuk ke bilik persalinan. Dia memberitahu Jose Mourinho tentang sebab tindakannya tadi.

Lantas menepis tuduhan bahawa, ada berlaku serangan rasis ke atas pemain Spurs yang gagal menyempurnakan penalti, menjadi sebab kepada tindakannya itu.

Menyerang penonton adalah kesalahan yang sangat besar. Eric Dier kini berhadapan dengan hukuman daripada FA dan juga kelabnya.

Apa seterusnya untuk Tottenham Hotspur

Spurs selepas ini akan kembali fokus kepada cabaran Liga Perdana Inggeris, dalam usaha mereka mencabar 4 tempat teratas.

Selain daripada itu, Spurs juga masih ada perlawanan timbal balik berhadapan dengan RB Leipzig dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.

Jose Mourinho sedang pening dengan pasukannya kini. Dahlah dilanda masalah kecederaan yang serius, pemain pula buat hal.

Namun betul juga kata Jose Mourinho, tindakan itu memang salah, tetapi sesiapa sahaja berpontensi melakukan perkara yang sama.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.