EPL Sah Diteruskan, Liverpool Bakal Angkat Trofi

Premier League telah mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar membincangkan hala tuju Liga Perdana Inggeris selepas ini.

Ini susulan daripada mesyuarat tergempar oleh UEFA sebelum ini. Daripada keputusan mesyuarat itu, semua perwakilan sebulat suara mengundi agar liga terus dingantung sehingga sekurang-kurangnya 30 April.

Jadi, cadangan oleh Karren Brady agar musim ini dibatalkan (null and void) dan Liverpool dinafikan kejuaraanya. Musim ini tidak ada penyingkiran. Itu cadangan beliau.

Beberapa minggu lalu, pihak Premier League menyatakan Liga Perdana Inggeris akan disambung semula pada 3 April ini. Namun situasi semasa dilihat tidak membenarkan perancangan itu.

Oleh itu tarikh penundaan dan penggantungan itu terpaksa dilanjutkan lagi kerana situasi semasa di Britain.

Ini kerana England kini sedang berhadapan dengan ancaman wabak koronavirus. Beberapa kes turut dicatatkan oleh pemain dan jurulatih profesional di EPL.

Mesyuarat pada Khamis itu disertai kesemua wakil daripada 20 kelab Liga Perdana Inggeris.

Melalui laman rasmi mereka, EPL telah mengumumkan tarikh penggantungan Liga Perdana Inggeris dianjak sekali lagi.

Berikut adalah kenyataan mereka:

“FA, Premier League, EFL dan Badan Bola Sepak Profesional bersama-sama dengan PFA dan LMA memahami bahawa kita semua berada dalam situasi yang tidak menentu dan kami turut bersimpati dengan mereka yang terkesan dengan COVID-19.”

Premier League kemudian menyatakan pendirian mereka menyokong keputusan UEFA untuk menganjak tarikh kejohanan Euro 2020 ke tahun hadapan, tahun 2021.

“Kami secara kolektif menyokong keputusan UEFA untuk menunda Piala Eropah / Euro 2020 dan menganjakkan tarikh pertandingan domestik serta Eropah dengan jaminan integriti setiap pertandingan akan tetap terjaga.”

“Dalam peraturan dan regulasi FA mengatakan bahwa: Musim harus dihentikan tidak lebih dari 1 Jun dan setiap peratandingan boleh menentukan seberapa lama musim berjalan dengan persetujuan FA.”

“FA telah sepakat untuk melanjutkan lagi musim 2019-2020 sehingga waktu yang tidak ditentukan untuk berlangsungnya bola sepak profesional.”

“Selain daripada itu, kami semua juga sudah sepakat bahawa semua pertandingan bola sepak profesional di England akan ditunda sehingga – paling awal 30 April yang akan datang.”

“Perkembangan Covid-19 masih tidak menentu. Dan kami menegaskan sekali lagi bahawa, kesihatan, kebajikan para pemain, staf dan penyokong adalah keutamaan kami.”

“Kami akan berterusan megikuti saranan kerajaan dan bekerjasama dengan sebaik mungkin untuk memastikan situasi ini tekawal dan cuba mencari penyelesaian untuk menyambung semula musim lagi selepas keadaan membenarkan.”

“Kami juga mahu menyatakan bahawa kami ketika ini memikirkan semua yang tekesan oleh Covid-19.”

UEFA ada mendengar beberapa cadangan yang mahu memendekkan musim liga. Ada juga yang mencadangkan untuk membatalkan sahaja musim ini.

UEFA kurang berkenan dengan cadangan itu. Jika liga dibatalkan, maka Liverpool akan dinafikan kejuaraan mereka di England, begitu juga dengan pasukan pendahulu liga yang lain.

UEFA menyatakan mereka yakin musim 2019/20 akan dapat ditamatkan.

UEFA tidak mahu ada pasukan yang dihadiahkan kejuaraan awal hanya kerana liga dibatalkan. Bagi UEFA idea itu tidak bagus.

Dengan perkembangan terbaru ini, maka Liverpool bakal dinobatkan juara EPL sedikit hari lagi.

The Reds kini sudah 25 mata di atas Manchester City dan hanya memerlukan enam mata sahaja lagi.

Tahniah siap siap.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.