Pertemuan dua juara. Skuad Marcelo Bielsa akan menjadi ujian pertama Liverpool pada minggu pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pihak Premier League telah mengeluarkan jadual perlawanan dan saingan minggu pertama dianggap ‘penuh glamour’ apabila menemukan dua pasukan juara.
Leeds di bawah kendalian jurulatih ikonik dari Argentina Marcelo Bielsa kembali memeriahkan EPL selepas 16 tahun hilang dari saingan divisyen pertama.
🚨 Announce 2020/21 #PLFixtures 🚨
— Premier League (@premierleague) August 20, 2020
Liverpool pula segar daripada kejayaan mereka meraih kejuaraan EPL pertama sejak 30 tahun yang lalu – dan kini dalam misi memburu membina sebuah dinasti di bawah pengendali Jerman, Jurgen Klopp.
Kelab Merseyside itu tidak pernah tewas di tempat sendiri di saingan EPL sejak kekalahan 3-1 kepad Crystal Palace pada April 2017.
Skuad kendalian Klopp turut merekodkan 26 kemenangan dari 27 perlawanan yang telah dilalui sebelum ini.
Perlawanan derbi pertama pada musim baru pula membabitkan derbi Merseyside apabila Everton menjadi tuan rumah kepada Liverpool pada 17 Oktober.
Welcome back to the #PL 👋@LUFC
MW1 🆚 Liverpool (A)
MW2 🆚 Fulham (H)
MW3 🆚 Sheff Utd (A)@WBA
⁰MW1 🆚 Leicester (H)
MW2 🆚 Everton (A)
MW3 🆚 Chelsea (H)@FulhamFC
MW1 🆚 Arsenal (H)
MW2 🆚 Leeds (A)
MW3 🆚 Aston Villa (H)#PLFixtures pic.twitter.com/NkZP6JxuYa— Premier League (@premierleague) August 20, 2020
Manchester United pula akan menjadi tuan rumah kepada Leeds pada 19 Disember untuk memperbaharui perseteruan diantara kedua-dua kelab.
Perlawanan timbal balik di Elland Road pula dijadualkan pada 24 April tahun hadapan.
Manchester City yang menamatkan saingan di kedudukan kedua pada musim lalu akan menanti Liverpool di Etihad pada 7 November dan perlawanna timbal balik di Anfield ialah pada 6 Februari.
Dua perlawanan membabitkan Burnley vs Manchester United dan Manchester City vs Aston Villa yang turut dijadualkan pada minggu pertama saingan EPL akan ditangguhkan ke tarikh lain atas pembabitan kedua-dua kelab di saingan eropah.
Berikut senarai penuh perlawanan untuk Minggu 1:
Premier League fixtures opening weekend (exact dates to change) |
---|
Crystal Palace v Southampton (12 Sep) |
Fulham v Arsenal (12 Sep) |
Liverpool v Leeds United (12 Sep) |
Tottenham Hotspur v Everton (12 Sep) |
West Bromwich Albion v Leicester City (12 Sep) |
West Ham United v Newcastle United (12 Sep) |
Brighton v Chelsea (14 Sep) |
Sheffield United v Wolves (14 Sep) |
Burnley v Manchester United (later date) |
Manchester City v Aston Villa (later date) |