Hasrat pasukan penakluk Eropah dan juga penakluk dunia Liverpool FC untuk memakai lencana emas Juara Dunia FIFA di dada mereka akhirnya kesampaian jua. Ini selepas EPL memberikan kebenaran.
Berbeza di negara lain di mana pasukan pasukan yang juara dunia ini dibenarkan memakai lencana khas itu di dada jersi mereka untuk semusim. Di EPL ia tak dibenarkan sama sekali.
Liverpool boleh memakai lencana emas itu di pentas Eropah iaitu UCL. FIFA Dan UEFA memberikan kebenaran kepada lencana itu dilekat pada jersi kejohanan anjuran mereka.
Sebelum ini Liverpool sudah memberitahu kepada para peminatnya bahawa EPL melarang sebarang lencana lain yang dilekat pada jersi kerana atas faktor hak imej. Namun kalau nak pakai pelangi tiada masalah.
Liverpool tidak dibenarkan memakai lencana emas itu di EPL dan juga piala domestik di England. Liverpool masih bersaing dalam dua kejohanan utama di England iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.
Untuk kempen Piala Carabao mereka sudah disingkirkan Aston Villa dengan kejam. Villa menang 5-0 ke atas Liverpool. Jadi mereka sekarang cuma perlukan kebenaran khas dalam piala FA ataupun EPL.
Untuk pertandingan piala di England yang bukan perlawanan liga pula Liverpool perlu untuk mengemukakan permintaan khas yang memerlukan pengesahan terlebih dahulu.
Liverpool mendapat hak dari FIFA untuk memakai lencana khas itu selepas menjulang Piala Dunia Kelab. The Reds menewaskan Flamengo 1-0 dalam aksi final.
Liverpool boleh memakai lencana emas itu sehingga ada juara baharu dalam Piala Dunia Kelab pada musim akan datang.
Liverpool sudah memohon untuk menggunakan lencana tersebut daripada pihak pengurusan Liga Perdana Inggeris.
EPL memberikan kelonggaran pada kali ini untuk kelab tersebut memakai lencana emas seperti yang mereka mahukan.
Namun lencana itu hanya boleh dipakai sekali sahaja. Liverpool akan memakai lencana itu pada perlawanan menentang Wolverhampton pada 29 Disember akan datang.
The Golden Badge Liverpool are entitled to wear until there is a new World Club Champion. Liverpool will not be permitted to wear it in the Premier League but can use it in the Champions League & FA Cup, although the club will need to formally apply to register the new kit first. pic.twitter.com/KahrrPRM3C
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) December 22, 2019
Ini bermakna aksi menentang Leicester City pada perlawanan malam ini, sekalipun tidak akan memakai lencana khas tersebut.
Liverpool turun dalam aksi boxing day berhadapan dengan Leicester di King Power Stadium pada aksi Boxing Day.
🔵🔵 MATCHDAY 🔴🔴
Ready for a BIG return to @premierleague action 💪#ThisMeansMore pic.twitter.com/PqiJ7dyl3z
— Liverpool FC (@LFC) December 26, 2019
Kedua dua pasukan ketika ini berada di tangga pertama dan kedua dalam carta liga.
Ini adalah aksi pertama Liverpool selepas bergelar juara dunia. Jika menang menentang Leicester mereka akan menjarakkan diri 13 mata daripada pasukan tersebut.
Leicester pula mahu merapatkan semula jurang mata kepada 7 mata dengan Liverpool.
Liverpool menjadi pasukan England pertama menjuarai treble antarabangsa dalam sejarah untuk setahun musim bola sepak.
Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab pada 2019.
Mampukah Liverpool meneruskan rentak cemerlang mereka? Liverpool masih tanpa kalah dalam liga musim ini.